MEMIKIR ULANG PERSOALAN POLITIK PEMBANGUNAN DALAM PRU-14: KAJIAN KES P. 169 KOTA BELUD: RETHINKING THE ISSUE OF POLITICAL DEVELOPMENT IN GE-14: CASE STUDY IN P. 169 KOTA BELUD

Makalah ini memberi tumpuan kepada usaha memikir ulang kepentingan politik pembangunan di kawasan P.169 Kota Belud menjelang tibanya Pilihan Raya Umum ke-14 kelak. Tema politik pembangunan dipilih kerana ia merupakan aspek penting dalam kemajuan sosioekonomi sesebuah kawasan khususnya bagi kawasan Kota Belud yang masih memerlukan pembangunan fizikal. Wujud tafsiran yang beragam dalam kalangan saintis sosial tentang definisi politik pembangunan namun kesatuan makna yang tidak mutlak berhubung tafsiran politik pembangunan, ialah suatu jenis perubahan yang berlangsung melalui para individu dan ke... Mehr ...

Verfasser: Mohd Rudzainoor, Mohamad Haziq Ikhsan
Othman, Zaini
Joko, Eko Prayitno
Mohd Nasier, Jasmi
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2018
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Pembangunan / PRU-14 / calon / Kota Belud / Sabah / Development / GE-14
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27651873
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1646

Makalah ini memberi tumpuan kepada usaha memikir ulang kepentingan politik pembangunan di kawasan P.169 Kota Belud menjelang tibanya Pilihan Raya Umum ke-14 kelak. Tema politik pembangunan dipilih kerana ia merupakan aspek penting dalam kemajuan sosioekonomi sesebuah kawasan khususnya bagi kawasan Kota Belud yang masih memerlukan pembangunan fizikal. Wujud tafsiran yang beragam dalam kalangan saintis sosial tentang definisi politik pembangunan namun kesatuan makna yang tidak mutlak berhubung tafsiran politik pembangunan, ialah suatu jenis perubahan yang berlangsung melalui para individu dan kelompok dalam sesebuah masyarakat menerusi suatu gerak kuasa untuk mencetuskan pembaikan dari segi kuantitatif dan kualitatif mengikut keadaan tertentu bagi kehidupan sosial. Keadaan sosiallah menjadi pemangkin kepada pembangunan untuk berlaku mengikut tahap literasi yang semakin celik dari masa ke masa. Jika diimbas dari segi geografi negeri Sabah, masih terdapat kawasan bandar kecil mahupun pedalaman yang memerlukan usaha pembangunan yang lebih jitu dari pihak pemerintah. Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Barisan Nasional (BN) telah dinafikan majoriti 2/3 di Parlimen seperti PRU-12, namun diselamatkan oleh negeri Sabah selaku sebuah negeri di Malaysia Timur yang sering menjadi benteng kepada mereka untuk mempertahankan diri bagi kekal menerajui tampuk pemerintahan di Malaysia dengan sumbangan 22 kerusi daripada 25 kerusi yang ada. Sebanyak 1,000 borang soal selidik diedarkan di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu N.06 Tempasuk, N.07 Kadamaian dan N.08 Usukan, diikuti sesi Focus Group Discussion (FGD) dengan penduduk tempatan yang mempunyai kearifan tentang senario politik di Kota Belud. Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa sebelum parlimen dibubarkan pada 7 April 2018, isu pembangunan menjadi penanda aras utama kepada pengundi untuk membuang undi terhadap calon yang bakal mewakili mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak, selain daripada isu peningkatan kos sara hidup serta isu nasional yang lain. Makalah ...