Isu Pemilikan Wilayah Pantai Timur Sabah: Satu Penelusuran Daripada Sudut Sumber Sejarah

Trouillot menyatakan permainan kekuasaan dalam penyusunan ceritacerita alternatif diawali dengan penciptaan fakta mahupun sumber sejarah (1995). Keadaan ini disebabkan penghasilan sesuatu penulisan sejarah sangat bergantung harap kepada keberadaan sumber-sumber institusional yang dikendalikan oleh negara, sama ada pada era kolonial mahupun semasa pascakolonial. Hasilnya, sesuatu peristiwa itu dapat dilihat dalam dua dimensi yang berbeza, iaitu sejarah tentang ‘apa yang terjadi’ dan ‘apa yang dikatakan terjadi.’ Perkara ini jelas terlihat apabila kita menelusuri sejarah penyerahan wilay... Mehr ...

Verfasser: Joko, Eko Prayitno
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Sumber sejarah / Kesultanan Brunei / Kesultanan Sulu / penyerahan wilayah utara Borneo
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27651818
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/130

Trouillot menyatakan permainan kekuasaan dalam penyusunan ceritacerita alternatif diawali dengan penciptaan fakta mahupun sumber sejarah (1995). Keadaan ini disebabkan penghasilan sesuatu penulisan sejarah sangat bergantung harap kepada keberadaan sumber-sumber institusional yang dikendalikan oleh negara, sama ada pada era kolonial mahupun semasa pascakolonial. Hasilnya, sesuatu peristiwa itu dapat dilihat dalam dua dimensi yang berbeza, iaitu sejarah tentang ‘apa yang terjadi’ dan ‘apa yang dikatakan terjadi.’ Perkara ini jelas terlihat apabila kita menelusuri sejarah penyerahan wilayah utara Borneo daripada Kesultanan Brunei kepada Kesultanan Sulu yang sememangnya jarang ditekankan dalam penulisan sejarah Sabah. Walhal, peristiwa ini memainkan peranan penting dalam konteks pembentukan geopolitik moden Sabah. Walau bagaimanapun, tidak mudah merungkaikan secara tepat berkenaan peristiwa yang terjadi memandangkan Kesultanan Brunei acapkali menafikan berlakunya penyerahan wilayah utara Borneo kepada Kesultanan Sulu (Tarsilah Brunei II: 1997). Pada masa yang sama pula, Kesultanan Sulu tetap dengan pendirian mereka bahawa telah berlakunya penyerahan tersebut bersandarkan Perjanjian 1878 antara Overbeck dengan Sultan Jamal Al-Alam (Graham Irwin: 1986). Justeru, penulisan ini bukan bertujuan untuk memberikan jawapan kebenaran berkenaan penyerahan wilayah utara Borneo kepada Kesultanan Sulu, sebaliknya hanya menampilkan sumber-sumber sedia ada yang merangkumi penulisan Barat, Kesultanan Sulu, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Bulungan. Trouillot had percepted ‘the game of power in the arrangement of alternative stories began with the creation of facts and/or historical source’ (1995). This condition is caused by a creation of certain historical writings which is very dependent with the whereabout of institutional sources handled by a country, either from the colonial era or post-colonial. For the result, certain event can be perceived in two different dimensions; history about ‘what happens’ and ‘what is said ...