Rumah Kedai Bersejarah di Pantai Barat Sabah: Isu Pemeliharaan, Perlindungan dan Alternatif Cadangan

Rumah kedai bersejarah di Pantai Barat Sabah telah dibina ketika pentadbiran British North Borneo Company (Chatered) seawal akhir abad ke-19. Disebabkan usia bangunan ini ada yang melebihi 100 tahun menyebabkan timbul banyak isu dan ancaman seperti kemusnahan kerana bencana alam. Manakala pengubahsuaian yang tidak sensitif dan perobohan bangunan bersejarah ini bagi memberi laluan kepada pembangunan terkini merupakan ancaman manusia yang utama. Justeru, kajian ini akan membincangkan usaha dalam pemeliharaan dan perlindungan tinggalan bersejarah ini. Perbincangan turut memberi latar belakang sej... Mehr ...

Verfasser: Rijem, E. A. (Elsapaula)
Dokumenttyp: Journal:earticle
Erscheinungsdatum: 2019
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Schlagwörter: Indonesia
Sprache: Indonesian
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27647046
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://www.neliti.com/publications/322662/rumah-kedai-bersejarah-di-pantai-barat-sabah-isu-pemeliharaan-perlindungan-dan-a

Rumah kedai bersejarah di Pantai Barat Sabah telah dibina ketika pentadbiran British North Borneo Company (Chatered) seawal akhir abad ke-19. Disebabkan usia bangunan ini ada yang melebihi 100 tahun menyebabkan timbul banyak isu dan ancaman seperti kemusnahan kerana bencana alam. Manakala pengubahsuaian yang tidak sensitif dan perobohan bangunan bersejarah ini bagi memberi laluan kepada pembangunan terkini merupakan ancaman manusia yang utama. Justeru, kajian ini akan membincangkan usaha dalam pemeliharaan dan perlindungan tinggalan bersejarah ini. Perbincangan turut memberi latar belakang sejarah pembinaan rumah kedai dengan menonjolkan keunikan seni binanya. Kajian ini akan menggunakan pendekatan sejarah dalam pengumpulan data dan analisis kritikal pengurusan warisan. Makalah ini diharap dapat menjelaskan bentuk isu dan pendekatan alternatif dalam memelihara dan melindungi bangunan rumah kedai bersejarah yang masih wujud di beberapa pekan dan bandar di Sabah.