Peranan dan Cabaran Bahasa Kebangsaan dalam Menyatupadukan Pelbagai Etnik di Sabah

Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan dan cabaran bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai satu bahasa dalam menyatupadukan pelbagai etnik di negeri Sabah. Pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia diisytiharkan secara rasmi terdiri daripada gabungan negeri-negeri Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Selaras itu, Peruntukan-Peruntukan khas mengenai bahasa kebangsaan di Sabah terkandung dalam Perkara 161 perlembagaan negara. Walaupun Peruntukan perlembagaan tersebut menjelaskan bahawa Sabah diberikan jangka masa selama 10 tahun untuk menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Ingger... Mehr ...

Verfasser: Sharif Adam, Sharifah Darmia
Dokumenttyp: Journal:earticle
Erscheinungsdatum: 2019
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Schlagwörter: Indonesia
Sprache: Indonesian
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27647044
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://www.neliti.com/publications/322623/peranan-dan-cabaran-bahasa-kebangsaan-dalam-menyatupadukan-pelbagai-etnik-di-sab

Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan dan cabaran bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai satu bahasa dalam menyatupadukan pelbagai etnik di negeri Sabah. Pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia diisytiharkan secara rasmi terdiri daripada gabungan negeri-negeri Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Selaras itu, Peruntukan-Peruntukan khas mengenai bahasa kebangsaan di Sabah terkandung dalam Perkara 161 perlembagaan negara. Walaupun Peruntukan perlembagaan tersebut menjelaskan bahawa Sabah diberikan jangka masa selama 10 tahun untuk menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tetapi kemudian pada 16 September 1973 bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa rasmi tunggal bagi negeri Sabah. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahasa kebangsaan dapat melaksanakan peranannya sebagai satu bahasa yang dapat menyatu padukan pelbagai etnik di Sabah. Namun, kepelbagaian etnik dengan kewujudan pelbagai bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat di Sabah menyebabkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sekaligus bahasa perpaduan menghadapi pelbagai cabaran. Oleh itu, perbincangan dalam kertas kerja ini difokuskan terhadap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang di Sabah dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik di negeri tersebut. Kajian kertas kerja ini dibuat menggunakan pendekatan analisis kualitatif dan menggunakan kaedah kajian arkib serta kajian perpustakaan untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Kajian ini akan menghasilkan satu analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk menambah baik atau merangka dasar dan polisi lebih baik khususnya dalam perkara yang memberikan manfaat terhadap pengukuhan perpaduan masyarakat pelbagai etnik di Sabah.