Tahap Celik Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima di Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap ‘Celik Alam Sekitar' dalam kalangan pelajar di negeri Sabah. Sampel adalah terdiri daripada 110 orang responden yang dipilih secara rawak mudah dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Pendekatan kuantitatif dengan teknik tinjauan digunakan dalam kajian ini. Data deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap elemen pembangunan mampan pada Celik Alam Sekitar adalah lebih tinggi berbanding elemen lain dalam konstruk ini. Data ini juga menunjukkan tahap Celik Alam Sekitar responden berada pada tahap... Mehr ...

Verfasser: Omar, M. (Muhamad)
Wan, V. L. (Vun)
Payus, C. M. (Carolyn)
Dokumenttyp: Journal:earticle
Erscheinungsdatum: 2019
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Schlagwörter: Indonesia
Sprache: Indonesian
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27647041
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://www.neliti.com/publications/322590/tahap-celik-alam-sekitar-dalam-kalangan-pelajar-tingkatan-lima-di-sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap ‘Celik Alam Sekitar' dalam kalangan pelajar di negeri Sabah. Sampel adalah terdiri daripada 110 orang responden yang dipilih secara rawak mudah dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Pendekatan kuantitatif dengan teknik tinjauan digunakan dalam kajian ini. Data deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap elemen pembangunan mampan pada Celik Alam Sekitar adalah lebih tinggi berbanding elemen lain dalam konstruk ini. Data ini juga menunjukkan tahap Celik Alam Sekitar responden berada pada tahap tinggi (skor min= 4.20, SP= 0.30). Manakala Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi celik alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian berdasarkan jantina walaupun perbezaan min menunjukkan pelajar perempuan melebihi daripada pelajar lelaki. Kesimpulannya, tahap celik alam sekitar bagi pelajar adalah pada tahap yang boleh dibanggakan dan responden menyetujui elemen pembangunan mapan dimasukkan dalam definisi ‘Celik Alam Sekitar'.