PENELITIAN KAJIAN LEPAS: SEJARAH ETNIK LUNDAYEH DI SABAH: Past Research: The History of The Lundayeh Ethnic Group in Sabah

Penulisan ini membincangkan tentang penelitian kajian para sarjana lepas yang memfokuskan kepada sejarah etnik minoriti Lundayeh di Sabah. Berpandukan kaedah sejarah, penulisan ini cuba meneliti sejarah masyarakat Lundayeh di Sabah. Etnik Lundayeh memiliki taburan populasi di empat wilayah sekitar kepulauan Borneo iaitu di Kalimantan, Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak. Di setiap wilayah tersebut, etnik ini memiliki label nama yang berbeza seperti Dayak Lundayeh di Kalimantan, Indonesia, Murut (Lun Bawang) di Brunei, Lun Bawang di Sarawak dan Lundayeh di Sabah. Namun, dalam makalah ini hanya... Mehr ...

Verfasser: Harun, Mohd Juhar
Wong Kon Ling, Jane
Ganesan, Kavitha
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2023
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Sejarah / Etnik / Lundayeh / Sabah
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27260171
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4838

Penulisan ini membincangkan tentang penelitian kajian para sarjana lepas yang memfokuskan kepada sejarah etnik minoriti Lundayeh di Sabah. Berpandukan kaedah sejarah, penulisan ini cuba meneliti sejarah masyarakat Lundayeh di Sabah. Etnik Lundayeh memiliki taburan populasi di empat wilayah sekitar kepulauan Borneo iaitu di Kalimantan, Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak. Di setiap wilayah tersebut, etnik ini memiliki label nama yang berbeza seperti Dayak Lundayeh di Kalimantan, Indonesia, Murut (Lun Bawang) di Brunei, Lun Bawang di Sarawak dan Lundayeh di Sabah. Namun, dalam makalah ini hanya lebih tertumpu kepada masyarakat Lundayeh dalam konteks negeri Sabah sahaja. Meskipun pada hakikatnya, kajian ilmiah yang memfokuskan kepada etnik minoriti Lundayeh di di negeri ini masih kurang dilakukan. Justeru, makalah ini cuba meneliti kajian-kajian oleh para sarjana lepas tentang sejarah etnik Lundayeh di Sabah. Penelitian kajian-kajian daripada sarjana lepas mengenai sejarah masyarakat Lundayeh amat penting bagi memberikan kefahaman tentang kewujudan etnik minoriti ini yang akhirnya menjadi salah satu entiti dalam masyarakat majmuk di negeri Sabah.