PENGURUSAN SISA TOPENG MULUT DAN HIDUNG SEBAGAI SISA BERISIKO: KAJIAN AWAL TERHADAP PENCEGAHAN PENULARAN VIRUS COVID-19 DI SABAH: MANAGEMENT OF FACE MASK WASTE AS RISKY WASTE: A PRELIMINARY STUDY ON THE PREVENTION OF COVID-19 VIRUS TRANSMISSION IN SABAH

Isu penularan wabak virus Corona atau COVID-19 telah mengubah landskap kehidupan manusia ke arah lebih berhati-hati, termasuklah pemakaian topeng mulut dan hidung semasa berurusan di luar kawasan rumah. Langkah awal pencegahan virus COVID-19 yang perlu dilakukan oleh masyarakat awam adalah memakai topeng mulut dan hidung serta sentiasa membasuh tangan dan menjaga kebersihan diri. Oleh hal yang demikian, permintaan topeng mulut dan hidung di pasaran semakin meningkat dan kerajaan telah meningkatkan pengeluaran topeng mulut dan hidung melalui pengeluaran kilang tempatan dan import dari negara lu... Mehr ...

Verfasser: ABDUL HAIR BEDDU ASIS
MOHAMMAD TAHIR MAPA
ABANG MOHD. RAZIF ABANG MUIS
SYAMSUL AZIZUL MARINSAH
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Pengurusan topeng mulut dan hidung / pengurusan sisa pepejal mapan / virus COVID-19 / pembangunan mapan / sisa berisiko dan penyakit berjangkit / Mask management / solid waste management / COVID-19 virus / sustainable development / risk waste and contagious decease
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27260118
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/3672

Isu penularan wabak virus Corona atau COVID-19 telah mengubah landskap kehidupan manusia ke arah lebih berhati-hati, termasuklah pemakaian topeng mulut dan hidung semasa berurusan di luar kawasan rumah. Langkah awal pencegahan virus COVID-19 yang perlu dilakukan oleh masyarakat awam adalah memakai topeng mulut dan hidung serta sentiasa membasuh tangan dan menjaga kebersihan diri. Oleh hal yang demikian, permintaan topeng mulut dan hidung di pasaran semakin meningkat dan kerajaan telah meningkatkan pengeluaran topeng mulut dan hidung melalui pengeluaran kilang tempatan dan import dari negara luar. Hal ini menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap penularan COVID-19 ini adalah tinggi dan jumlah penggunaan topeng mulut dan hidung juga adalah tinggi. Namun demikian, masalah baharu yang timbul adalah kaedah pelupusan topeng mulut dan hidung tidak diuruskan dengan sewajarnya. Setakat ini, topeng mulut dan hidung tidak dikategorikan sebagai sisa berbahaya atau sisa klinik. Masyarakat membuangnya sebagai sisa biasa. Walaupun topeng mulut dan hidung ini tidak dikategorikan sebagai sisa berbahaya, tetapi hal ini perlu diambil serius memandangkan penularan wabak COVID-19 ini sangat cepat dan boleh menular melalui topeng mulut dan hidung yang telah dibuang. Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti potensi penularan virus COVID-19 melalui topeng mulut dan hidung dan kaedah pengurusan sisa topeng mulut dan hidung bersepadu oleh pihak berkuasa tempatan(PBT) dan masyarakat yang sewajarnya sebagai sisa berisiko. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan fakta kajian lepas dan pemantauan umum untuk mendapatkan jawapan kepada objektif yang hendak dicapai. Hasil kajian menunjukkan bahawa sisa topeng dan mulut sangat berpotensi sebagai agen penularan virus COVID-19 sekiranya tidak diurus dengan cara yang betul. Kajian ini juga telah mengklasifikasikan sisa topeng mulut dan hidung sebagai sisa berisiko. Oleh itu, kajian ini memperkenalkan kaedah pengurusan sisa topeng mulut dan hidung yang sesuai demi mengelakkan ...