PERKEMBANGAN PERNIAGAAN KECIL MASYARAKAT DUSUN DI TAMU KOTA BELUD, SABAH, 1881-1940: Small Enterprise Development of Dusun Community at Tamu Kota Belud, Sabah, 1881-1940

Artikel ini memfokuskan kepada perkembangan aktiviti perniagaan kecil yang dijalankan oleh masyarakat Dusun di Kota Belud semasa era zaman penjajahan British antara tahun 1881 sehingga tahun 1940. Penulisan artikel ini berdasarkan daripada beberapa sumber primer seperti fail sekretariat, laporan-laporan kerajaan, surat khabar, manakala sumber sekunder melalui buku. Secara amnya, kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) pada tahun 1881 banyak memberi perubahan terhadap pelbagai kehidupan masyarakat tempatan khususnya masyarakat Dusun sehingga mengubah corak kegiatan ekonomi, d... Mehr ...

Verfasser: Lalim, Marry
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Perniagaan Kecil / Tempasuk / Kota belud / Masyarakat Dusun Kota Belud
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27259948
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/3515

Artikel ini memfokuskan kepada perkembangan aktiviti perniagaan kecil yang dijalankan oleh masyarakat Dusun di Kota Belud semasa era zaman penjajahan British antara tahun 1881 sehingga tahun 1940. Penulisan artikel ini berdasarkan daripada beberapa sumber primer seperti fail sekretariat, laporan-laporan kerajaan, surat khabar, manakala sumber sekunder melalui buku. Secara amnya, kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) pada tahun 1881 banyak memberi perubahan terhadap pelbagai kehidupan masyarakat tempatan khususnya masyarakat Dusun sehingga mengubah corak kegiatan ekonomi, daripada bersifat sara diri kepada ekonomi perniagaan kecil di kawasan tamu Kota Belud. Sebelum kedatangan SBBUB ini, aktiviti penduduk Dusun adalah sara diri tanpa adanya campur tangan dengan pihak luar dan tidak banyak berinteraksi dengan masyarakat luar. Namun, transformasi ini mula berlaku ketika SBBUB cuba campur tangan dalam sistem ekonomi mereka dan turut mengambil alih pentadbiran di daerah tersebut. Dalam artikel ini, kegiatan perniagaan kecil masyarakat Dusun diberi perhatian utama dengan memfokuskan perkembangan kegiatan perniagaan mereka, faktor penglibatan dan kesan penglibatan SBBUB dalam aktiviti perniagaan kecil di Kota Belud. Kewujudan dan penglibatan masyarakat Dusun dalam aktiviti perniagaan kecil di Kota Belud juga dipengaruhi sifat masyarakat ini yang mementingkan kelangsungan hidup menyebabkan aktiviti perniagaan kecil ini terus berkembang pada ketika itu.