NILAI KEPAHLAWANAN DALAM TANGON TERPILIH SUKU KIMARAGANG DI SABAH: Heroism Values in Selected Tangon of the Kimaragang Community in Sabah

Tangon (cerita rakyat) sering diperdengarkan dalam masyarakat suku Kimaragang. Pada umumnya, cerita-cerita rakyat (tangon) suku Kimaragang melambangkan sosiobudaya, falsafah dan gambaran nilai kepahlawanan bagi masyarakat tersebut. Namun, dewasa ini, nilai-nilai yang terkandung dalam tangon sering dilupakan, terutama oleh generasi muda. Oleh itu, kajian ini memberi perhatian pada nilai-nilai kepahlawanan yang terkandung dalam cerita rakyat suku Kimaragang di Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah kajian lapangan dan temu bual untuk mendokumentasi tangon. Set... Mehr ...

Verfasser: JAMAIL MASADOR
ABDUL HALIM ALI
AZHAR WAHID
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Tangon / Suku Kimaragang / nilai kepahlawanan / cerita rakyat / Kimaragang community / heroism values / floklore
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27259896
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/2954

Tangon (cerita rakyat) sering diperdengarkan dalam masyarakat suku Kimaragang. Pada umumnya, cerita-cerita rakyat (tangon) suku Kimaragang melambangkan sosiobudaya, falsafah dan gambaran nilai kepahlawanan bagi masyarakat tersebut. Namun, dewasa ini, nilai-nilai yang terkandung dalam tangon sering dilupakan, terutama oleh generasi muda. Oleh itu, kajian ini memberi perhatian pada nilai-nilai kepahlawanan yang terkandung dalam cerita rakyat suku Kimaragang di Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah kajian lapangan dan temu bual untuk mendokumentasi tangon. Seterusnya, data akan dianalisis menggunakan pendekatan Alamiah salah satu pendekatan dalam teori Pengkaedahan Melayu yang dikemukakan oleh Hashim Awang bagi memahami aspek-aspek kepahlawanan seperti keberanian, rela berkorban, semangat juang dan keterbukaan yang terkandung dalam cerita rakyat. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa elemen kepahlawanan penting dikuasai, terutama dalam norma masyarakat yang kucar-kacir demi mengangkat martabat diri dan menjaga kehormatan. Sememangnya, masyarakat suku Kimaragang pada masa lampau mengamalkan nilai-nilai kepahlawanan dalam kehidupan untuk memastikan sebuah kehidupan yang aman dan sejahtera. Mengaplikasi nilai-nilai kepahlawanan dalam kehidupan masa kini merupakan suatu daripada usaha untuk mengupaya dan mengekalkan warisan yang semakin dilupakan. The telling of ‘tangon’ (folklore) is a common practice in the Kimaragang community. In general, the ‘tangon’ of the Kimaragang symbolises the socio-culture, philosophy and description of the heroism values for the community. However, nowadays, the values in ‘tangon’ are often forgotten, especially by the younger generation. This study thereforefocused on the heroism values as portrayed in the folklore of the Kimaragang. Using a qualitative approach, the field work and interview methods were utilised to document the ‘tangon’. Data was analysed using the Alamiahapproach, one of the approaches in the ’Pengkaedahan Melayu’ theory by Hashim ...