HUBUNGAN INTERGENERASI, SOKONGAN PSIKOLOGI DAN SOSIAL DALAM PENJAGAAN WARGA EMAS: SATU KAJIAN KES DI KOTA KINABALU SABAH: INTERGENERATION RELATIONSHIP, PSYCHOLOGY AND SOCIAL SUPPORT AMONG ELDERLY CARE: A CASE STUDY IN KOTA KINABALU SABAH

Kajian ini bertujuan untuk memerihalkan mengenai pandangan anak dewasa atau penjaga warga emas terhadap aspek intergenerasi, sokongan psikologi dan sosial dalam penjagaan warga emas. Untuk tujuan itu, data kualitatif telah digunakan secara terperinci bagi mencapai objektif tersebut. Seramai enam (6) penjaga dewasa kepada warga tua telah menyertai kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada kaum lelaki dan wanita yang mempunyai hubungan dengan warga tua sama ada sebagai anak, anak angkat, cucu mahupun ahli keluarga ruas lain yang sudah menganggap bahawa mereka adalah satu keluarga dan tinggal m... Mehr ...

Verfasser: MD NAWI, NURUL HUDANI
IBRAHIM, HABIBIE
MEGAT AHMAD , PUTERI HAYATI
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Intergenerational relationships / Hubungan intergenerasi / sokongan psikologi dan sosial / penjagaan warga tua / psychological and social support / aged care
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27259818
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2499

Kajian ini bertujuan untuk memerihalkan mengenai pandangan anak dewasa atau penjaga warga emas terhadap aspek intergenerasi, sokongan psikologi dan sosial dalam penjagaan warga emas. Untuk tujuan itu, data kualitatif telah digunakan secara terperinci bagi mencapai objektif tersebut. Seramai enam (6) penjaga dewasa kepada warga tua telah menyertai kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada kaum lelaki dan wanita yang mempunyai hubungan dengan warga tua sama ada sebagai anak, anak angkat, cucu mahupun ahli keluarga ruas lain yang sudah menganggap bahawa mereka adalah satu keluarga dan tinggal menetap di sekitar Kota Kinabalu. Data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik oleh Braun dan Clarke (2006). Secara keseluruhannya hasil kajian menampakkan bahawa nilai-nilai murni dalam masyarakat misalnya menghormati orang tua masih dipegang oleh anak-anak yang berperanan sebagai generasi muda. Lantaran daripada sikap menghormati orang tua itu seterusnya menimbul rasa tanggungjawab dan rasa sayang dalam kalangan anak-anak dewasa untuk menjaga orang tua mereka sehingga menampakkan hubungan intergenerasi yang baik. Dapatan kajian juga melaporkan bahawa penjaga dewasa memerlukan sokongan sosial dan sokongan psikologi di dalam proses menjaga orang tua mereka. Kajian ini memberi implikasi ke atas polisi berkaitan warga emas dengan menunjukkan akan keperluan untuk merangka seterusnya membina satu modul secara holistik berdasarkan Dasar Warga Tua Negara (DWEN). Ianya memerlukan penambahbaikan dalam pelan tindakan negara supaya penghasilan modul lebih bersepadu bagi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup bagi penjaga dan juga warga tua. The research is intended to describe the views of adults (caregivers) on intergenerational relationships, psychological support, and social support in the care of the elderly. Therefore, qualitative data is used in detail to achieve that objective. A total of six (6) adult caregivers participated in this study. The study participants consisted of men and women who had ...