KE ARAH MENCAPAI KESAKSAMAAN GENDER: ANALISIS PEMERKASAAN WANITA MELALUI SEKTOR EKOPELANCONGAN DI KADAMAIAN, KOTA BELUD, SABAH: ACHIEVING GENDER EQUALITY: AN ANALYSIS OF WOMEN EMPOWERMENT THROUGH ECOTOURISM IN KADAMAIAN, KOTA BELUD, SABAH

Pemerkasaan wanita merupakan aspek penting dalam mencapai kesaksamaan gender. Kesaksamaan gender merujuk kepada keadaan, iaitu wanita dan lelaki menikmati peluang, akses, hak dan tanggungjawab yang sama dalam semua aspek kehidupan. Dalam konteks perbincangan artikel ini, ekopelancongan dianggap sebagai satu ‘alat’ yang mampu memperkasa wanita dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Penglibatan aktif wanita dalam aktiviti ekopelancongan membolehkan mereka terlibat dalam proses membuat keputusan, meningkatkan akses, kawalan dan pemilikan terhadap sumber alam semula jadi. Antara isu utama yang di... Mehr ...

Verfasser: MULIA, DAYANG SURIA
NARWAN, KARTINA
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Pemerkasaan wanita / jurang gender / kesaksamaan gender / pembangunan komuniti / luar bandar / ekopelancongan / Women empowerment / gender gap / gender equality / community development / rural / ecotourism
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27259813
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2463

Pemerkasaan wanita merupakan aspek penting dalam mencapai kesaksamaan gender. Kesaksamaan gender merujuk kepada keadaan, iaitu wanita dan lelaki menikmati peluang, akses, hak dan tanggungjawab yang sama dalam semua aspek kehidupan. Dalam konteks perbincangan artikel ini, ekopelancongan dianggap sebagai satu ‘alat’ yang mampu memperkasa wanita dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Penglibatan aktif wanita dalam aktiviti ekopelancongan membolehkan mereka terlibat dalam proses membuat keputusan, meningkatkan akses, kawalan dan pemilikan terhadap sumber alam semula jadi. Antara isu utama yang dibincangkan dalam artikel ini ialah kepelbagaian peranan wanita yang terlibat aktif dalam ekopelancongan di Kadamaian, Kota Belud. Kepelbagaian peranan dan penglibatan wanita dalam sektor ini memberi petunjuk kepada tahap pemerkasaan mereka yang terlibat. Indikator untuk menilai elemen pemerkasaan wanita antaranya ialah akses kepada pemilikan dan kawalan sumber, penglibatan dalam proses membuat keputusan, peningkatan kemahiran, keyakinan diri dan pengembangan jaringan sosial. Penilaian tahap pemerkasaan wanita juga diteliti dari aspek keupayaan mengurus sumber dan bagaimana mereka mampu menyaingi lelaki dalam mengendalikan aktiviti lasak dalam sektor ekopelancongan. Kaedah kualitatif yang digunakan untuk mendapatkan data termasuklah temu bual secara mendalam, focus group discussion (FGD), pemerhatian di samping menyertai aktiviti ekopelancongan yang menampilkan wanita sebagai pengendali aktiviti. Dapatan kajian menunjukkan terdapat elemen pemerkasaan wanita dalam sektor ekopelancongan di Kadamaian. Seramai 44 orang responden wanita yang ditemu bual dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 22 peratus wanita yang memiliki dan mengurus homestay, 15 peratus wanita mengetuai projek ekopelancongan berasaskan komuniti, dan 15 peratus wanita menjadi pengendali pendaki dan pengembaraan hutan. Namun, masih ramai wanita yang terlibat dalam kerja pembersihan dan keceriaan di camping site dan homestay, iaitu sebanyak 42 ...