RITUAL PERUBATAN TRADISIONAL ETNIK BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM: Bajau Traditional Healing Ritual in Sabah: An Analysis from the Islamic Perspectives

Masyarakat Bajau merupakan salah satu etnik yang terbesar di Sabah. Majoritinya adalah beragama Islam. Mereka boleh diklasifikasikan kepada dua kelompok, iaitu etnik Bajau dari pantai timur dan etnik Bajau dari pantai barat Sabah. Masyarakat Bajau kaya dengan pelbagai khazanah warisan silam, sama ada dalam bentuk kebendaan mahupun bukan kebendaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mendokumentasikan ritual perubatan tradisional etnik Bajau di Sabah menurut perspektif Islam sama ada selari dengan tuntutan syariat Islam ataupun sebaliknya. Kajian ini berfokus kepada ritual perubatan tradisiona... Mehr ...

Verfasser: MARINSAH, SYAMSUL AZIZUL
AMAT, ASMIATY
TAMBY OMAR, AISYAH
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Ritual perubatan tradisional / magombo’ / ngalai / urf fasid / syariah / Traditional healing ritual
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27259810
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/2449

Masyarakat Bajau merupakan salah satu etnik yang terbesar di Sabah. Majoritinya adalah beragama Islam. Mereka boleh diklasifikasikan kepada dua kelompok, iaitu etnik Bajau dari pantai timur dan etnik Bajau dari pantai barat Sabah. Masyarakat Bajau kaya dengan pelbagai khazanah warisan silam, sama ada dalam bentuk kebendaan mahupun bukan kebendaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mendokumentasikan ritual perubatan tradisional etnik Bajau di Sabah menurut perspektif Islam sama ada selari dengan tuntutan syariat Islam ataupun sebaliknya. Kajian ini berfokus kepada ritual perubatan tradisional magombo’ bagi etnik Bajau dari pantai timur dan ritual ngalai untuk etnik Bajau dari pantai barat Sabah. Populasi kajian terdiri daripada etnik Bajau yang terletak di Semporna dan Kota Belud. Pemilihan kawasan kajian ini adalah kerana majoriti etnik Bajau mendiami kawasan berkenaan. Pendekatan kualitatif dengan kaedah pemerhatian, temu bual dan dokumentasi telah digunakan untuk kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa dalam ritual perubatan tradisional magombo’ dan ngalai, terdapat elemen-elemen yang bercanggah dengan hukum Islam yang menyebabkan ritual perubatan tradisional ini termasuk dalam kategori ‘urf fasid dalam hukum Islam. The Bajau is among the largest ethnic groups in Sabah. Most Bajau are Muslims. They can be classified into two different groups namely the Bajau ethnic group from the east coast and west coast of Sabah. They possess a myriad of materials and non-materials from their ancient heritage. Hence, this study aims to document the traditional healing ritual among the Bajau ethnic and analyze whether the rituals are Syariah-compliant. The focus of the study was based on the ‘magombo’ healing rituals of the Bajau from the east coast and the ‘ngalai” healing rituals of the Bajau from the west coast of Sabah. The population of this study included the Bajau ethnic residing in Semporna and Kota Belud. These areas were chosen because they consist of a majority of Bajau ethnic. A qualitative approach using ...