Projek Estet Mini Rumpai Laut Dan Penglibatan Komuniti Nelayan Di Daerah Semporna, Sabah

Estet mini rumpai laut telah menjadi salah satu projek teras Kerajaan Malaysia di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Projek ini diwujudkan untuk memanfaatkan sumber rumpai laut yang terdapat di perairan Semporna, Sabah. Rumpai laut merupakan sumber pendapatan komuniti nelayan dan produk eksport Malaysia. Pada masa kini, banyak agensi kerajaan, pihak syarikat dan komuniti tempatan mula berlumba-lumba menjadi penggerak projek pengkulturan rumpai laut dengan menggunakan sistem estet mini. Selepas dua tahun projek ini dijalankan, pencapaiannya sungguh membanggakan. Hal ini demikian kerana p... Mehr ...

Verfasser: Ali, Mizpal
Hussin, Rosazman
Md. Yasir, Suhaimi
Abdul Rahman, Ahmad Tarmizi
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2016
Verlag/Hrsg.: BorIIS & UMS PRESS
Schlagwörter: Pembangunan luar bandar / penglibatan komuniti / komuniti nelayan / projek estet mini rumpai laut
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27259659
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/145

Estet mini rumpai laut telah menjadi salah satu projek teras Kerajaan Malaysia di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Projek ini diwujudkan untuk memanfaatkan sumber rumpai laut yang terdapat di perairan Semporna, Sabah. Rumpai laut merupakan sumber pendapatan komuniti nelayan dan produk eksport Malaysia. Pada masa kini, banyak agensi kerajaan, pihak syarikat dan komuniti tempatan mula berlumba-lumba menjadi penggerak projek pengkulturan rumpai laut dengan menggunakan sistem estet mini. Selepas dua tahun projek ini dijalankan, pencapaiannya sungguh membanggakan. Hal ini demikian kerana pada tahun 2013, sudah ada 11 syarikat dan empat kumpulan komuniti tempatan dilantik untuk menjalankan projek permulaan. Kajian ini dilakukan bertujuan menilai kesan projek pembangunan, iaitu sejauh mana projek estet mini telah memberi hasil pulangan kepada syarikat, komuniti dan negara. Namun, selepas dua tahun projek ini dilaksanakan iaitu sejak tahun 2011, didapati pencapaian projek adalah kurang efektif. Hal ini disebabkan prestasi perbelanjaan yang rendah pada tahun 2009 dan 2011 menyebabkan projek ini lambat berkembang. Persoalan ini akan dikupas dalam kertas kerja ini yang telah menggunakan kaedah kutipan data secara tinjauan dan temu bual yang dilakukan di Pulau Selakan dan Kampung Look Butun, Semporna pada bulan Januari hingga Mac 2013.