Pengaruh Pendidikan Asas Vokasional terhadap Kebolehkerjaan Murid Sekolah Menengah Harian di Sabah ~ The Impact of Basic Vocational Education on the Employability of Secondary School Students in Sabah

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh Pendidikan Asas Vokasional (PAV) terhadap kebolehkerjaan murid di sekolah menengah harian yang terpilih di Sabah sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian di institusi kemahiran ataupun untuk menyediakan pelajar memasuki alam pekerjaan. Di samping itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap perbezaan kemahiran vokasional, strategi pembelajaran dan kebolehkerjaan dalam kalangan murid PAV, mengenal pasti perbezaan kebolehkerjaan murid PAV berdasarkan demografi dan mengenal pasti pengaruh faktor penyumbang, iaitu kemahiran vokasiona... Mehr ...

Verfasser: HASSAN SULAIMAN, GHAZALI @
AMBOTANG, ABDUL SAID
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2017
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Pendidikan Asas Vokasional (PAV) / kebolehkerjaan / institusi kemahiran / kerjaya / kompeten. ~ Basic Vocational Education / employability / skill training institution / career / competent
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27259616
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/1068

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh Pendidikan Asas Vokasional (PAV) terhadap kebolehkerjaan murid di sekolah menengah harian yang terpilih di Sabah sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian di institusi kemahiran ataupun untuk menyediakan pelajar memasuki alam pekerjaan. Di samping itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap perbezaan kemahiran vokasional, strategi pembelajaran dan kebolehkerjaan dalam kalangan murid PAV, mengenal pasti perbezaan kebolehkerjaan murid PAV berdasarkan demografi dan mengenal pasti pengaruh faktor penyumbang, iaitu kemahiran vokasional dan strategi pembelajaran terhadap kebolehkerjaan murid PAV. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran vokasional dan strategi pembelajaran adalah sederhana tinggi, manakala tahap kebolehkerjaan dalam kalangan murid PAV adalah tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi kebolehkerjaan murid PAV berdasarkan jantina. Dari segi bangsa dan kursus pula, tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada kebolehkerjaan murid PAV. Dari aspek faktor peramal kajian, mendapati terdapat pengaruh yang signifikan bagi faktor penyumbang kemahiran vokasional dan strategi pembelajaran terhadap kebolehkerjaan murid PAV. Implikasi kajian ini mencadangkan supaya penekanan terhadap kebolehkerjaan dalam kalangan murid PAV perlu sentiasa ditingkatkan dan peluang pelajar PAV untuk melanjutkan pengajian di institusi kemahiran yang lebih tinggi diperluaskan, Selain itu, kebolehkerjaan pelajar PAV juga perlu terserlah semasa memasuki pasaran kerjaya untuk menarik minat industri dalam mendapat tenaga kerja yang mempunyai nilai kebolehkerjaan yang tinggi dan kompeten.This study aims to identify the influence of Basic Vocational Education (PAV) on the employability of students in selected secondary schools in Sabah in preparing the students to study at skill training institutions or for the workplace. In addition, this study serves to identify the levels of vocational skills, learning strategies and employability among PAV students, differences ...