Hubungan antara Kepuasan Kerja dengan Prestasi Kerja dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Kawasan Pedalaman, Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru sekolah menengah kawasan pedalaman, Sabah. Kajian ini melibatkan seramai 375 orang responden yang terdiri daripada guru-guru yang terlatih dan mereka ini dipilih menerusi persampelan bertujuan dan rawak mudah. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan deskriptif serta menggunakan borang soal selidik berkaitan dengan kepuasan kerja dan prestasi kerja. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan min serta sisih... Mehr ...

Verfasser: Taul, Z. A. (Zulaine)
Abdullah, M. K. (Mohd)
Dokumenttyp: Journal:earticle
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Schlagwörter: Indonesia
Sprache: Indonesian
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27255510
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://www.neliti.com/publications/524349/hubungan-antara-kepuasan-kerja-dengan-prestasi-kerja-dalam-kalangan-guru-guru-se

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru sekolah menengah kawasan pedalaman, Sabah. Kajian ini melibatkan seramai 375 orang responden yang terdiri daripada guru-guru yang terlatih dan mereka ini dipilih menerusi persampelan bertujuan dan rawak mudah. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan deskriptif serta menggunakan borang soal selidik berkaitan dengan kepuasan kerja dan prestasi kerja. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan min serta sisihan piawai digunakan dalam kajian ini bagi melihat tahap kedua-dua pemboleh ubah di samping menggunakan analisis korelasi pearson sebagai menguji hipotesis kajian. Dapatan daripada analisis telah mendedahkan skor min bagi tahap keseluruhan kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan guru yang dikaji berada pada tahap yang tinggi. Di samping itu, kajian juga menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif dan signifikan antara kepuasan kerja dengan prestasi kerja. Keputusan ini secara langsungnya menolak hipotesis nol yang telah dibina sebelum ini.