Hubungan antara Efikasi Kendiri Guru dengan Prestasi Kerja dalam Kalangan Guru-Guru Kawasan Pedalaman, Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji efikasi kendiri guru dan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah kawasan pedalaman, Sabah. Kajian yang melibatkan seramai 375 orang responden yang dipilih menerusi persampelan bertujuan dan rawak mudah adalah terdiri daripada guru-guru yang terlatih. Kajian ini berbentuk deskriptif statistik yang menggunakan soal selidik berkaitan dengan efikasi kendiri guru dan prestasi kerja. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan min serta sisihan pia... Mehr ...

Verfasser: Taul, Z. A. (Zulaine)
Abdullah, M. K. (Mohd)
Nawi, M. M. (Mohd)
Dokumenttyp: Journal:earticle
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Schlagwörter: Indonesia
Sprache: Indonesian
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27255509
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://www.neliti.com/publications/524237/hubungan-antara-efikasi-kendiri-guru-dengan-prestasi-kerja-dalam-kalangan-guru-g

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji efikasi kendiri guru dan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah kawasan pedalaman, Sabah. Kajian yang melibatkan seramai 375 orang responden yang dipilih menerusi persampelan bertujuan dan rawak mudah adalah terdiri daripada guru-guru yang terlatih. Kajian ini berbentuk deskriptif statistik yang menggunakan soal selidik berkaitan dengan efikasi kendiri guru dan prestasi kerja. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan min serta sisihan piawai digunakan dalam kajian ini untuk melihat tahap kedua-dua pemboleh ubah. Selain itu, analisis korelasi pearson juga digunakan bagi menguji hipotesis kajian. Dapatan mendedahkan skor min bagi tahap keseluruhan efikasi kendiri guru dan prestasi kerja yang dikaji berada pada tahap yang tinggi. Di samping itu, kajian juga mendedahkan adanya hubungan positif yang signifikan antara efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja. Keputusan ini secara langsungnya menolak hipotesis nol yang telah dibina.