Kebangkitan Semula Fahaman Politik Berbilang Kaum Melalui Slogan ‘Sabah for Sabahan’ di Sabah

Artikel ini membentangkan perbincangan tentang kebangkitan semula fahaman politik berbilang kaum di Sabah melalui slogan ‘Sabah for Sabahan’. Adalah didapati bahawa selepas beberapa dekad berhadapan dengan isu perkauman, Sabah semakin memahami hakikat bahawa mempolitikkan perbezaan etnik hanya akan membawa kepada kehancuran. Keadaan ini didapati sebagai kesan kepada penggunaan slogan "Sabah for Sabahan". Oleh itu, slogan tersebut wajar dianggap sebagai salah satu faktor penting dalam proses perkembangan atau juga kebangkitan semula ideologi politik berbilang etnik di Sabah. Dalam erti kata yan... Mehr ...

Verfasser: Ationg, Romzi
Esa, Mohd Sohaimi
Ibrahim, Mohd Azri
Gansau, Jualang
Totu, Andreas
Othman, Irma Wani
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27252782
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/626

Artikel ini membentangkan perbincangan tentang kebangkitan semula fahaman politik berbilang kaum di Sabah melalui slogan ‘Sabah for Sabahan’. Adalah didapati bahawa selepas beberapa dekad berhadapan dengan isu perkauman, Sabah semakin memahami hakikat bahawa mempolitikkan perbezaan etnik hanya akan membawa kepada kehancuran. Keadaan ini didapati sebagai kesan kepada penggunaan slogan "Sabah for Sabahan". Oleh itu, slogan tersebut wajar dianggap sebagai salah satu faktor penting dalam proses perkembangan atau juga kebangkitan semula ideologi politik berbilang etnik di Sabah. Dalam erti kata yang lain, artikel ini telah menunjukkan bahawa perubahan ciri politik dalam masyarakat yang dicirikan oleh kepelbagaian boleh dilakukan melalui penciptaan dan penggunaan meluas slogan politik khusus yang sangat signifikan dengan kehendak serta keperluan semasa penduduk dalam sesebuah unit pentadbiran seperti kampung, bandar dan negara.