Implikasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Terhadap Aktiviti Perniagaan Pasar Minggu di Pekan Ranau, Sabah

Pandemik COVID-19 yang berlaku di Malaysia telah memberi kesan negatif terhadap sektor perniagaan, terutamanya Industri Kecil Sederhana (IKS), kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memerangi penyebaran virus dalam kalangan masyarakat. Walaupun PKP dilaksanakan untuk kebaikan kesihatan awam, banyak peniaga yang mengalami kerugian akibat tidak dapat beroperasi sepenuhnya semasa tempoh PKP. Kajian ini dilakukan untuk menilai kesan PKP terhadap aktiviti perniagaan mereka. Responden kajian ini terdiri daripada 35 orang peniaga pasar minggu di... Mehr ...

Verfasser: Jamru, Lindah Roziani
Padisan, Jessie
Sharil, Mohamad Nazril
Subi, Chentia
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2023
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27252735
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/2243

Pandemik COVID-19 yang berlaku di Malaysia telah memberi kesan negatif terhadap sektor perniagaan, terutamanya Industri Kecil Sederhana (IKS), kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memerangi penyebaran virus dalam kalangan masyarakat. Walaupun PKP dilaksanakan untuk kebaikan kesihatan awam, banyak peniaga yang mengalami kerugian akibat tidak dapat beroperasi sepenuhnya semasa tempoh PKP. Kajian ini dilakukan untuk menilai kesan PKP terhadap aktiviti perniagaan mereka. Responden kajian ini terdiri daripada 35 orang peniaga pasar minggu di pekan Ranau, Sabah. Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) untuk menilai skor min. Hasil kajian menunjukkan skor min tertinggi bagi kesan penguatkuasaan PKP adalah pembaziran sayur -sayuran dan buah-buahan akibat rosak dan terbiar serta perniagaan mengalami kerugian yang sangat besar dengan skor min, 4.17 dan 4.29 masing-masing. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan perlaksanaan PKP telah menjejaskan para peniaga pasar minggu di pekan Ranau, Sabah. Walau bagaimanapun, para peniaga pasar minggu di pekan Ranau perlu mengambil tindakan proaktif untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka. Ini termasuk melaksanakan strategi pemasaran digital, menyediakan perkhidmatan penghantaran, atau mengembangkan produk dan perkhidmatan yang baru untuk menyesuaikan diri dengan pasaran semasa.