Kajian Sensitiviti Agama: Tinjauan Awal di Sabah [Religious Sensitivity in Sabah: An Overview Study]

Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya, etnik, kaum, adat, pantang larang, agama dan kepercayaan yang berbeza-beza. Walaupun wujudnya perbezaan-perbezaan tersebut dalam kehidupan bermasyarakat di Sabah. Ia tidak menjadi penghalang kepada pembentukan hubungan baik dan toleransi yang tinggi dalam kalangan masyarakat Sabah. Keadaan ini jelas dilihat menerusi sikap keterbukaan masyarakat Sabah dalam beradaptasi dengan kepelbagaian adat dan budaya yang wujud dalam kalangan masyarakatnya serta penerimaan terhadap budaya kahwin campur merentasi kaum, agama, kewarganegaraan... Mehr ...

Verfasser: Aratin, Nur Azian
Abdul Rahman, Nur Farhana
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2022
Verlag/Hrsg.: Universiti Sultan Zainal Abidin
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27252576
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/703

Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya, etnik, kaum, adat, pantang larang, agama dan kepercayaan yang berbeza-beza. Walaupun wujudnya perbezaan-perbezaan tersebut dalam kehidupan bermasyarakat di Sabah. Ia tidak menjadi penghalang kepada pembentukan hubungan baik dan toleransi yang tinggi dalam kalangan masyarakat Sabah. Keadaan ini jelas dilihat menerusi sikap keterbukaan masyarakat Sabah dalam beradaptasi dengan kepelbagaian adat dan budaya yang wujud dalam kalangan masyarakatnya serta penerimaan terhadap budaya kahwin campur merentasi kaum, agama, kewarganegaraan yang tinggi sehingga membentuk hubungan kekeluargaan yang mempunyai pelbagai anutan agama di Sabah. Suasana kehidupan masyarakat Sabah ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya toleransi yang tinggi serta suasana harmoni dalam kehidupan bermasyarakat di negeri itu. Namun, sejak kebelakangan ini timbul pelbagai isu-isu sensitif agama yang dianggap mampu menyentuh sensitiviti keagamaan bagi masyarakat di negeri Sabah jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisis tahap hubungan, faktor pembentukan serta cabaran dalam pembentukan hubungan antara agama di Sabah. Selain itu, menganalisis isu-isu sensitif agama serta pihak bertanggungjawab dalam menguruskan konflik antara agama di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan iaitu dengan merujuk artikel, jurnal, tesis yang mempunyai hubungkait dengan tajuk perbincangan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa tahap hubungan antara agama di Sabah adalah tinggi. Namun masyarakat beragama di Sabah turut berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mengekalkan hubungan baik antara agama di Sabah. Antaranya, cabaran dari aspek politik, Media Massa serta sikap individu yang pentingkan diri sendiri. Namun kebangkitan isu keagamaan yang berbangkit di Sabah melibatkan isu teologi, isu tuntutan hak sosial dan isu sosial dalam kalangan masyarakat beragama di Sabah. Sabah is a state rich in cultural diversity, ethnicities, races, customs, taboos, ...