KETAHANAN KENDIRI DAN KESEDIAAN BEKERJA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI SABAH DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19

Penularan wabak Covid-19 telah banyak merubah corak pembelajaran dan pengajaran (PdP) di universiti yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Perubahan corak pembelajaran ini mengundang rasa bimbang dalam kalangan pelajar universiti terutamanya pelajar tahun akhir di Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta (IPTA/IPTS). Hal ini kerana mereka perlu berhadapan dengan cabaran dan persaingan dalam mendapatkan pekerjaan ekoran berlakunya pandemik Covid-19. Semua ini memerlukan ketahanan kendiri yang tinggi khususnya dalam kalangan pelajar tahun akhir. Dalam meneroka fenomena ini, satu k... Mehr ...

Verfasser: Mohd Faqhrullah Khamis
Getrude C. Ah Gang
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2023
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Ketahanan kendiri / kesediaan bekerja / IPT Sabah / Covid-19 / pelajar tahun akhir
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873584
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/SAPJ/article/view/4884

Penularan wabak Covid-19 telah banyak merubah corak pembelajaran dan pengajaran (PdP) di universiti yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Perubahan corak pembelajaran ini mengundang rasa bimbang dalam kalangan pelajar universiti terutamanya pelajar tahun akhir di Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta (IPTA/IPTS). Hal ini kerana mereka perlu berhadapan dengan cabaran dan persaingan dalam mendapatkan pekerjaan ekoran berlakunya pandemik Covid-19. Semua ini memerlukan ketahanan kendiri yang tinggi khususnya dalam kalangan pelajar tahun akhir. Dalam meneroka fenomena ini, satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pengaruh tahap ketahanan kendiri terhadap kesediaan mereka untuk bekerja dalam kalangan pelajar tahun akhir di IPTA dan IPTS. Kajian ini juga mengkaji perbezaan antara pelajar IPTA dan IPTS dari segi ketahanan kendiri dan kesediaan mereka untuk bekerja dalam era pandemik. Seramai 345 orang pelajar tahun akhir di IPTA/IPTS di Sabah turut serta dalam kajian. Kajian mendapati, wujud pengaruh ketahanan kendiri terhadap kesediaan bekerja bagi pelajar IPTA dan IPTS di Sabah. Dari segi perbezaan ketahanan kendiri dan kesediaan bekerja pula, tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah terhadap pelajar tahun akhir bagi kedua kumpulan pelajar IPTA dan IPTS. Secara keseluruhannya, isu yang dibincangkan dalam kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar tahun akhir IPTA/IPTS untuk lebih bersedia dalam mendepani cabaran dalam memasuki dunia pekerjaan tidak kira dalam apa juga situasi yang berlaku di luar jangka.