TUGU PERINGATAN MALAYSIA, KOTA KINABALU, SABAH: Malaysia Monument, Kota Kinabalu, Sabah
Warisan budaya, khasnya warisan yang berunsurkan tinggalan tapak monumen merupakan sebuah warisan yang amat signifikan dan bermakna buat masyarakat yang mengamatinya. Hal ini kerana binaan-binaan sedemikian merupakan satu tinggalan yang berupaya memainkan peranan ke arah memartabatkan nilai sesuatu etnisiti, kaum mahupun bangsa. Selain berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan sosial dan ekonomi, warisan budaya juga berpotensi diangkat sebagai lambang dan identiti sebuah nasion. Objektif kajian secara dasarnya akan tertumpu kepada usaha mengetengahkan tapak warisan sebagai prospek pelanco... Mehr ...
Verfasser: | |
---|---|
Dokumenttyp: | Artikel |
Erscheinungsdatum: | 2023 |
Verlag/Hrsg.: |
Penerbit UMS
|
Schlagwörter: | Warisan budaya / Tugu Peringatan Malaysia / Sabah |
Sprache: | Englisch |
Permalink: | https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873575 |
Datenquelle: | BASE; Originalkatalog |
Powered By: | BASE |
Link(s) : | https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4787 |
Warisan budaya, khasnya warisan yang berunsurkan tinggalan tapak monumen merupakan sebuah warisan yang amat signifikan dan bermakna buat masyarakat yang mengamatinya. Hal ini kerana binaan-binaan sedemikian merupakan satu tinggalan yang berupaya memainkan peranan ke arah memartabatkan nilai sesuatu etnisiti, kaum mahupun bangsa. Selain berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan sosial dan ekonomi, warisan budaya juga berpotensi diangkat sebagai lambang dan identiti sebuah nasion. Objektif kajian secara dasarnya akan tertumpu kepada usaha mengetengahkan tapak warisan sebagai prospek pelancongan, di samping meneliti isu dan cabaran, serta cadangan dalam usaha pemantapan tapak warisan dari aspek perlindungan, pemuliharaan dan pemeliharaan sebagai inisiatif penambahbaikan pada masa hadapan. Kaedah kajian akan sepenuhnya akan menggunakan pendekatan kualitatif, dengan melakukan referensi terhadap sumber primer dan sekunder bagi menjayakan kajian.