PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PROGRAM HOMESTAY BERASASKAN EKOPELANCONGAN KAJIAN KES KAMPUNG PINAGON BARU, ULU KULU, TUARAN, SABAH.

Penulisan artikel ini adalah berasaskan penglibatan ahli komuniti dalam homestay berasaskan ekopelancongan di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli Tuaran Sabah. Pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli Tuaran Sabah merupakan salah satu pusat pelancongan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Penglibatan ahli komuniti dalam homestay Ekopelancongan bukan sahaja dapat menjana pendapatan, malah dapat membuka peluang pekerjaan kepada komuniti terutama sekali kepada komuniti setempat. Secara umum, pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru dapat menarik minat komuniti setempat... Mehr ...

Verfasser: Galib, Siti Rahmah
Md Shah, Jalihah
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2023
Verlag/Hrsg.: BorIIS & UMS PRESS
Schlagwörter: penglibatan komuniti / tahap pengibatan komuniti / cabaran dalam homestay
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873572
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/4763

Penulisan artikel ini adalah berasaskan penglibatan ahli komuniti dalam homestay berasaskan ekopelancongan di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli Tuaran Sabah. Pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli Tuaran Sabah merupakan salah satu pusat pelancongan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Penglibatan ahli komuniti dalam homestay Ekopelancongan bukan sahaja dapat menjana pendapatan, malah dapat membuka peluang pekerjaan kepada komuniti terutama sekali kepada komuniti setempat. Secara umum, pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru dapat menarik minat komuniti setempat untuk terlibat. Hal ini demikian kerana, penglibatan komuniti merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi negara. Oleh itu, dalam setiap pembangunan yang dilakukan memerlukan penglibatan komuniti secara holistik. Selain itu, kaedah yang digunakan dalam memperoleh data adalah kualitatif. Seterusnya, dalam dapatan kajian mendapati terdapat pelbagai faktor yang mendorong ahli komuniti untuk terlibat dalam homestay berasaskan ekopelancongan. Secara keseluruhan, penulisan artikel ini cuba untuk memahami tahap penglibatan ahli komuniti dalam homestay berasaskan ekopelancongan di kampung Pinagon Baru, Ulu Kiuli, Tuaran Sabah yang mempunyai tahap penglibatan komuniti yang sangat menyeluruh. Meskipun terdapat cabaran yang dihadapi namun perkara tersebut tidak menjadi halangan kepada pelaksanaan homestay di kampung Pinagon Baru Ulu Kiuli, Tuaran Sabah Dengan penglibatan dalam ekopelancongan, komuniti tempatan akan menerima faedah dari segi ekonomi dan sosial. Dalam aspek ekonomi, ekopelancongan akan meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan masyarakat setempat. Melalui penglibatan komuniti dalam aktiviti pelancongan, komuniti tempatan akan menerima faedah dari segi ekonomi dan sosial.