AIR TIDAK BERHASIL (NRW): CABARAN KE ATAS SEKURITI BEKALAN AIR DI SABAH : NON-REVENUE WATER (NRW): CHALLENGES ON WATER SUPPLY SECURITY IN SABAH

ABSTRAK Air Tidak Berhasil (NRW) merupakan isu serius yang boleh mengancam sekuriti air di Sabah. Isu ini turut dialami di peringkat dunia. Ia merupakan petunjuk kepada ketidakcekapan pemain-pemain dalam industri air terawat untuk diagihkan kepada golongan sasar secara sah. Walaupun terdapat komitmen untuk melaksanakan pengurangan NRW, pihak yang menguruskannya mengalami halangan dan cabaran seperti kekurangan bajet dan menghadapi masalah keadaan paip usang. Kebocoran paip, kecurian air dan meter yang usang mengakibatkan kadar NRW di Sabah kekal melebihi 50 peratus dan menjadi antara yang tert... Mehr ...

Verfasser: NORDIN SAKKE
ADI JAFAR
AMIRAH ABIDIN
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2023
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: bekalan air terawat / air tidak berhasil / keselamatan air / Sabah
Sprache: unknown
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873405
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2700

ABSTRAK Air Tidak Berhasil (NRW) merupakan isu serius yang boleh mengancam sekuriti air di Sabah. Isu ini turut dialami di peringkat dunia. Ia merupakan petunjuk kepada ketidakcekapan pemain-pemain dalam industri air terawat untuk diagihkan kepada golongan sasar secara sah. Walaupun terdapat komitmen untuk melaksanakan pengurangan NRW, pihak yang menguruskannya mengalami halangan dan cabaran seperti kekurangan bajet dan menghadapi masalah keadaan paip usang. Kebocoran paip, kecurian air dan meter yang usang mengakibatkan kadar NRW di Sabah kekal melebihi 50 peratus dan menjadi antara yang tertinggi di Malaysia. Terdapat beberapa usaha yang telah dijalankan tetapi impaknya adalah terlalu kecil iaitu jumlah pengurangan tahunan NRW antara tahun 2005 hingga 2018 adalah sekitar 0.35 peratus. Jumlah ini amat rendah dan ia telah membuka ruang kepada kehilangan pendapatan sehingga jutaan ringgit. Berdasarkan data teperinci komponen bekalan air yang diperoleh daripada Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JBANS), jumlah kerugian akibat NRW antara 2015 hingga 2017 adalah sekitar RM657 juta. Jumlah ini agak besar dan boleh menyiapkan sebuah loji rawatan air yang baharu. Oleh itu, komitmen yang berterusan perlu disemai bukan setakat dalam kalangan pekerja JBANS, tetapi komuniti pengguna air dan juga penglibatan persekutuan untuk bantuan modal bagi menjayakan program pengurangan NRW. Sasaran 31 peratus masih jauh untuk digapai, tetapi sekiranya komitmen berterusan dapat dilaksanakan sudah pasti ancaman NRW terhadap keselamatan air dapat diminimumkan. ABSTRACT Non-Revenue Water (NRW) is a serious issue and can threaten water security in Sabah. This issue is not only experienced by Sabah but also at the world level. It is an indicator of the inefficiency of the water industry players to be distributed to the target group. Although there is a commitment to implement NRW reduction, the deficiency of budget and the obsolete pipe conditions are major challenges and obstacles. Leakage, water theft and meters are obsolete resulting in ...