PESAN PADA KARYA POSTER COVID-19 DARI BALAI SENI LUKIS SABAH : MESSAGE ON THE POSTER WORK OF COVID-19 FROM SABAH ARTS GALLERY

ABSTRAK Sebuah karya poster bukan hanya sekadar kombinasi gambaran visual dan teks yang memiliki aspek-aspek keindahan mahu pun hiburan. Akan tetapi, ia merupakan alat atau medium komunikasi bukan lisan yang dihasilkan oleh penciptanya untuk menyampaikan sesuatu berupa pesan kepada orang lain. Kajian ini cuba mendekati, memahami dan menjelaskan pesan dari satu siri karya poster Covid-19 dari Balai Seni Lukis Sabah yang diciptakan oleh Intan Munirah Hamzah mencakupi aspek struktur, isi dan fungsi dari pesannya. Pendekatan kajian seni di mana asas-asasnya bersumber dari pendekatan kualitatif men... Mehr ...

Verfasser: Ismail, Issarezal
Humin Jusilin
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2023
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: pesan / karya poster / Covid-19 / Balai Seni Lukis Sabah / Intan Munirah Hamzah / message / poster / Sabah Art Gallery
Sprache: unknown
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873398
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2383

ABSTRAK Sebuah karya poster bukan hanya sekadar kombinasi gambaran visual dan teks yang memiliki aspek-aspek keindahan mahu pun hiburan. Akan tetapi, ia merupakan alat atau medium komunikasi bukan lisan yang dihasilkan oleh penciptanya untuk menyampaikan sesuatu berupa pesan kepada orang lain. Kajian ini cuba mendekati, memahami dan menjelaskan pesan dari satu siri karya poster Covid-19 dari Balai Seni Lukis Sabah yang diciptakan oleh Intan Munirah Hamzah mencakupi aspek struktur, isi dan fungsi dari pesannya. Pendekatan kajian seni di mana asas-asasnya bersumber dari pendekatan kualitatif menekankan pada sistem penjelasan yang bersifat deskriptif dan holistik telah digunakan sekaligus dihubungkan melalui kerangka konseptual yang dibangun oleh konsep-konsep relevan sebagai bingkai acuan analisisnya. Hasil analisis menunjukkan bahawa karya-karya poster Covid-19 dari Balai Seni Lukis Sabah cuba mengedepankan pesan keselamatan diri dan pencegahan yang terkait dengan fenomena Covid-19 yang sedang melanda dunia pada masa kini. Struktur pesannya menyampaikan isi pesan yang mewakili makna tentang adab kesopanan dan kesusilaan, sikap pematuhan dan juga kebijaksanaan fikiran ketika semua orang dituntut untuk mengamalkan beberapa langkah keselamatan dan pencegahan seperti kerap memakai topen muka, kekal duduk di rumah dan kerap mencuci tangan. Siri karya poster ini bukan sahaja memainkan fungsinya secara informatif dalam memberikan maklumat tentang keselamatan diri dan langkah-langkah pencegahan dalam menghadapi fenomena Covid-19, tetapi juga mengaktifkan fungsinya melalui ajaran nilai seperti nilai kesihatan, nilai kebersihan, nilai pengorbanan dan nilai norma sosial baharu agar pada akhirnya mendorong atau mengajak masyarakat untuk sama-sama memainkan peranan masing-masing dalam menanggapi situasi pendamik berskala global ini. ABSTRACT A poster work is not just a combination of visuals and text that have aspects of beauty or entertainment. However, it is a tool or medium of nonverbal communication created by its creator ...