DASAR KESELAMATAN MAKANAN DI SABAH, MALAYSIA: KAJIAN KES JELAPANG PADI DI DAERAH KOTA BELUD: FOOD SECURITY POLICY IN SABAH, MALAYSIA: A CASE STUDY OF PADDY FIELD IN KOTA BELUD DISTRICT

Krisis bekalan makanan yang berlaku pada tahun 2008 telah memberi impak yang sangat besar kepada isu keselamatan makanan. Krisis bekalan makanan yang melanda kebanyakan negara Asia telah merungkai permasalahan akibat kebergantungan yang tinggi terhadap beras import sebagai makanan ruji penduduk. Kenaikan harga dan kekurangan beras dalam perdagangan antarabangsa telah menjadi tumpuan kerajaan untuk memastikan jaminan terhadap bekalan makanan. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah memfokuskan dasar kerajaan dalam membangunkan industri padi dan beras khususnya kawasan jelapang padi di daerah Kota... Mehr ...

Verfasser: TAHIR, SITI HADAWIAH
ABD TALIP, MUSTAPA
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Krisis bekalan makanan / dasar kerajaan / keselamatan makanan / padi / besar / Kota Belud / Food crisis / government policy / food security / paddy / rice
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873397
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2220

Krisis bekalan makanan yang berlaku pada tahun 2008 telah memberi impak yang sangat besar kepada isu keselamatan makanan. Krisis bekalan makanan yang melanda kebanyakan negara Asia telah merungkai permasalahan akibat kebergantungan yang tinggi terhadap beras import sebagai makanan ruji penduduk. Kenaikan harga dan kekurangan beras dalam perdagangan antarabangsa telah menjadi tumpuan kerajaan untuk memastikan jaminan terhadap bekalan makanan. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah memfokuskan dasar kerajaan dalam membangunkan industri padi dan beras khususnya kawasan jelapang padi di daerah Kota Belud. Ekoran kenaikan harga beras dalam perdagangan antarabangsa, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah mengkategorikan sawah padi kepada tiga kategori iaitu K1, K2, dan K3 untuk mencari jalan penyelesaian dalam mengurangkan kebergantungan terhadap beras import. Berdasarkan matlamat dan peruntukan bagi pembangunan pertanian padi di daerah Kota Belud, hasil pengeluaran padi bagi kawasan jelapang padi dapat ditingkatkan bermula tahun 2008 hingga 2018. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa peranan kerajaan amat penting dalam menjamin keselamatan makanan sekali gus mengatasi kebergantungan import beras negara. Food crisis that occurred in 2008 had a huge impact on food security issues. The food crisis that has plagued many Asian countries has raised concerns over high dependence on imported rice, a staple food for people. The price increases and rice deficiency in the international trade has forced the government to focus in ensuring food security. Therefore, the aim of this study is focusing on government’s policy on developing rice industry especially in Kota Belud district paddy field area. Due to rising of rice prices in international trade, Malaysia Ministry of Agriculture and Agro-based Industry, has categorized paddy field into three categories namely K1, K2 and K3 to find a solution to reduce the dependence on imported rice. Based on the goals and provisions for paddy field development in Kota ...