Pengkategorian Nelayan Bandar Dan Kemiskinan: Penelitian Terhadap Nelayan Di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

Dalam literatur, pengkategorian terhadap nelayan lazimnya dibuat berasaskan ukuran kewangan dan bukan kewangan. Misalnya, nelayan termiskin, miskin dan tidak miskin. Pengkategorian bukan kewangan pula merujuk kepada tahap penglibatan nelayan dalam aktiviti penangkapan ikan sama ada secara sepenuh masa mahupun separuh masa serta teknologi yang digunakan. Klasifikasi sebegini telah memberi gambaran bahawa wujud pelbagai jenis nelayan. Namun, kategori sedia ada ini hanya menyentuh tentang nelayan di kawasan luar bandar. Adakah kategori yang serupa wujud dalam kalangan nelayan di kawasan bandar? S... Mehr ...

Verfasser: Md Shah, Jalihah
Hj Selamat, Hafizah
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2016
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Nelayan bandar / kategori nelayan / Pulau Gaya / Kota Kinabalu
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873343
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/506

Dalam literatur, pengkategorian terhadap nelayan lazimnya dibuat berasaskan ukuran kewangan dan bukan kewangan. Misalnya, nelayan termiskin, miskin dan tidak miskin. Pengkategorian bukan kewangan pula merujuk kepada tahap penglibatan nelayan dalam aktiviti penangkapan ikan sama ada secara sepenuh masa mahupun separuh masa serta teknologi yang digunakan. Klasifikasi sebegini telah memberi gambaran bahawa wujud pelbagai jenis nelayan. Namun, kategori sedia ada ini hanya menyentuh tentang nelayan di kawasan luar bandar. Adakah kategori yang serupa wujud dalam kalangan nelayan di kawasan bandar? Sejauh manakah klasifikasi ini memberi impak dalam kehidupan harian nelayan bandar di peringkat komuniti? Bagi menjawab soalan tersebut, artikel ini akan menghuraikan kategori nelayan di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, iaitu kumpulan nelayan yang dikenali sebagai nelayan bandar kerana lokasinya yang terletak di kawasan bandar. Indikator yang mempengaruhi pembentukan sesuatu jenis nelayan dan implikasi kewujudan pengkategorian ini terhadap aktiviti sosioekonomi nelayan bandar turut dikupas dalam makalah ini.