ANALISIS BIBLIOMETRIK KAJIAN SAINS SOSIAL DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) DALAM PANGKALAN DATA SCOPUS SEHINGGA TAHUN 2021: Bibliometric Analysis of Social Sciences Studies at Universiti Malaysia Sabah (UMS) in Scopus Database until the Year 2021

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi mercu kemegahan dan kebanggaan negeri Sabah dalam sektor pendidikan. Hal ini membuktikan bahawa negeri Sabah mampu menyediakan institusi pendidikan awam kepada rakyat Sabah demi memperoleh pendidikan yang baik dan setaraf dengan negeri-negeri yang lain. Salah satu cabaran UMS dalam menjunjung nama di persada Malaysia mahupun antarabangsa adalah melalui penerbitan. Tentunya, penerbitan yang berimpak menjadi taruhan UMS untuk mempamerkan kewujudannya sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang terbaik di Malaysia. Justeru, kajian membincangkan penerbita... Mehr ...

Verfasser: MOHD NAZMI MOHD KHALLI
MUHAMMAD FARID AZLAN HALMI
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2023
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Analisis bibliometrik / sains sosial / Universiti Malaysia Sabah / pangkalan data Scopus / Bibliometric analysis / social science / Scopus database
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873335
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/4388

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi mercu kemegahan dan kebanggaan negeri Sabah dalam sektor pendidikan. Hal ini membuktikan bahawa negeri Sabah mampu menyediakan institusi pendidikan awam kepada rakyat Sabah demi memperoleh pendidikan yang baik dan setaraf dengan negeri-negeri yang lain. Salah satu cabaran UMS dalam menjunjung nama di persada Malaysia mahupun antarabangsa adalah melalui penerbitan. Tentunya, penerbitan yang berimpak menjadi taruhan UMS untuk mempamerkan kewujudannya sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang terbaik di Malaysia. Justeru, kajian membincangkan penerbitan dalam bidang sains sosial berdasarkan rekod yang diperoleh dari pangkalan data Scopus bermula dari penubuhan awal UMS hingga tahun 2021. Kajian menggunakan analisis bibliometrik dengan menggarap 1,308 rekod penerbitan dalam pangkalan data Scopus melalui pencarian kata kunci. Hasil kajian mendapati penerbitan dalam bidang sosial sains bagi UMS masih perlu diusahakan dalam menerbitkan manuskrip dalam jurnal-jurnal berindeks Scopus. Pemetaan kajian menggunakan VOSviewer menunjukkan bahawa dalam rekod kata kunci kluster sains sosial, kebanyakan penyelidik adalah dalam kluster ekonomi, psikologi, kesusasteraan, kewangan dan geografi. Namun, adalah sangat terhad didapati dalam kluster sejarah, budaya, agama dan sebagainya untuk mewujudkan kluster yang signifikan setanding dengan kluster-klusteryang lain. Kajian ini adalah berbentuk laporan penerbitan yang diperoleh melalui pangkalan data Scopus yang bertujuan untuk melihat kerancakan penyelidik dalam menerbitkan manuskrip mereka dalam jurnal-jurnal berindeks Scopus. Implikasi kajian dapat dijadikan rujukan awal kepada penyelidik mendatang untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti. Universiti Malaysia Sabah (UMS) has become a beacon of splendour and pride for the state of Sabah in education sector. This proves that Sabah can provide public education institutions for the Sabah’s’ people to obtain a good education that is on par with other states. One of UMS’s challenge in ...