Tahap Gaya Pembelajaran Pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap gaya pembelajaran pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 214 daripada 477 populasi pelajar dipilih sebagai responden kajian. Teknik persampelan rawak berstrata tidak berkadaran digunakan dalam menentukan sampel kajian. Proses pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data menggunakan perisian The Statistical Package for The Social Science (SPSS) versi 28. Nilai Alpha Cronbach bagi soal selidik gaya pembelajaran ialah .788. Hasil kajian mendapati b... Mehr ...

Verfasser: Chong, Limi
Gregory K Han, Crispina
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2023
Verlag/Hrsg.: Universiti Malaysia Sabah
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873327
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jurnal-pemikir-pendidikan/article/view/4281

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap gaya pembelajaran pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 214 daripada 477 populasi pelajar dipilih sebagai responden kajian. Teknik persampelan rawak berstrata tidak berkadaran digunakan dalam menentukan sampel kajian. Proses pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data menggunakan perisian The Statistical Package for The Social Science (SPSS) versi 28. Nilai Alpha Cronbach bagi soal selidik gaya pembelajaran ialah .788. Hasil kajian mendapati bahawa gaya pembelajaran pelajar adalah pada tahap yang tinggi iaitu dengan skor min 3.63 (SP=.397) . Kesimpulannya, apabila pelajar mempunyai pengetahuan tentang pilihan gaya pembelajaran dan memanfaatkan pelbagai gaya pembelajaran, ia dapat membantu untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.