KEARIFAN TRADISI ADIGURU DALAM PENGHASILAN TEMBIKAR KURON DI SABAH: ADIGURU TRADITIONAL KNOWLEDGE IN THE PRODUCTION OF KURON POTTERY IN SABAH

Tembikar kuron dihasilkan oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah tetapi hanya aktif dihasilkan oleh etnik Dusun Tindal yang tinggal di Kampung Malangkap Kapa, Kota Belud pada hari ini. Etnik Dusun Tindal menghasilkan tembikar kuron melalui kearifan tradisi yang dimanipulasikan untuk mencipta barang keperluan harian daripada medium tanah liat. Kearifan tradisi ini telah diwarisi diwarisi sejak turun-temurun secara tradisi lisan dari segi proses penghasilan, teknik, motif, bahan dan teknik pembakaran kuron. Tembikar kuron yang dihasilkan mempunyai fungsi yang sinonim dengan aktiviti harian etnik... Mehr ...

Verfasser: Nurul Aisyah Othman
Salbiah Kindoyop
Humin Jusilin
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Kearifan / adiguru / penghasilan / kuron / Dusun Tindal / knowledge / producing
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873271
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/3637

Tembikar kuron dihasilkan oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah tetapi hanya aktif dihasilkan oleh etnik Dusun Tindal yang tinggal di Kampung Malangkap Kapa, Kota Belud pada hari ini. Etnik Dusun Tindal menghasilkan tembikar kuron melalui kearifan tradisi yang dimanipulasikan untuk mencipta barang keperluan harian daripada medium tanah liat. Kearifan tradisi ini telah diwarisi diwarisi sejak turun-temurun secara tradisi lisan dari segi proses penghasilan, teknik, motif, bahan dan teknik pembakaran kuron. Tembikar kuron yang dihasilkan mempunyai fungsi yang sinonim dengan aktiviti harian etnik Dusun Tindal, sebagai alat memasak, peralatan mengangkut dan menyimpan barangan harian. Oleh itu, penghasilan tembikar kuron dipercayai kerana tuntutan keperluan hidup dan kearifan mereka sejak turun-temurun. Kajian ini akan memfokuskan kearifan tradisi penghasilan tembikar kuron oleh adiguru Puan Kantiam binti Setan yang merupakan anak kepada mendiang Adiguru Somotoi binti Lugu, iaitu seorang tokoh kraf etnik tembikar tradisional kuron. Kuron pottery is made by the Kadazandusun people in Sabah, however it is currently only actively made by the Dusun Tindal ethnic group, who dwell in Kampung Malangkap Kapa, Kota Belud. The Dusun Tindal ethnic group crafts kuron pottery using traditional knowledge that is utilised to manufacture daily necessities out of clay. The wisdom of this heritage has been passed down orally from generation to generation in terms of manufacturing procedures, techniques, motives, materials, and kuron burning techniques. Kuron pottery is connected with the Dusun Tindal ethnic group’s daily activities, serving as cooking tools, equipment for transporting and storing daily things. As a result, the manufacture of kuron pottery is thought to be a result of the demands of their living necessities and wisdom passed down from generation to generation. The knowledge of the heritage of manufacturing kuron pottery by adiguru Puan Kantiam binti Setan, the daughter of the late Adiguru Somotoi binti Lugu, a ...