TIGA IDENTITI KOMBURONGO DALAM KEPERCAYAAN TRADISIONAL ETNIK TOBILUNG DI SABAH: THE THREE IDENTITIES OF KOMBURONGO IN THE TRADITIONAL BELIEFS SYSTEM OF THE TOBILUNG OF SABAH

Sebahagian kecil daripada etnik Tobilung yang menetap di daerah Kota Belud, Sabah masih pegang kepada kepercayaan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun. Mereka percaya kepada pelbagai jenis semangat baik dan jahat. Salah satu semangat baik yang dipercayai mereka ialah komburongo, iaitu subjek kajian ini. Permasalahan yang timbul adalah komburongo mempunyai tiga identiti yang berbeza, iaitu sebagai sejenis tumbuhan, sebagai alat ritual dan sebagai semangat pembantu. Tanpa memahami ketiga-tiga identiti ini, maka seseorang tidak memahami kaitan antara ketiga-tiganya. Oleh itu, tulisan in... Mehr ...

Verfasser: Ick Ellyrenzine Linsap
Low Kok On
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Etnik Tobilung / identiti komburongo / tumbuhan / alat ritual / semangat pembantu / Tobilung ethnic group / identities of komburongo / plant / ritual tool / benevolent spirit
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873270
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/3636

Sebahagian kecil daripada etnik Tobilung yang menetap di daerah Kota Belud, Sabah masih pegang kepada kepercayaan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun. Mereka percaya kepada pelbagai jenis semangat baik dan jahat. Salah satu semangat baik yang dipercayai mereka ialah komburongo, iaitu subjek kajian ini. Permasalahan yang timbul adalah komburongo mempunyai tiga identiti yang berbeza, iaitu sebagai sejenis tumbuhan, sebagai alat ritual dan sebagai semangat pembantu. Tanpa memahami ketiga-tiga identiti ini, maka seseorang tidak memahami kaitan antara ketiga-tiganya. Oleh itu, tulisan ini memberi tumpuan menganalisis ketiga-tiga identiti komburongo yang berkait dengan kepercayaan turun-temurun etnik Dusun Tobilung. Bagi mengumpul data kajian, kerja lapangan telah dijalankan di enam buah kampung yang didiami oleh etnik Dusun Tobilung. Kajian ini berasaskan prinsip grounded theory. Data kajian yang berkait dengan kepercayaan etnik Tobilung terhadap komburongo dianalisis secara interprestasi dan disokong oleh bahan kajian yang lepas. Hasil analisis mendapati komburongo mempunyai tiga identiti yang berbeza namun saling berkait, iaitu sebagai sejenis tumbuhan (jerangau), alat ritual dan semangat pembantu. Hasil analisis juga mendapati komburongo memainkan pelbagai fungsi dalam kepercayaan etnik Dusun Tobilung. Mereka memohon bantuan daripada semangat komburongo untuk menyelesaikan masalah kerohanian dan fizikal. Kajian ini penting bagi menonjolkan identiti komburongo dan juga kaitannya dengan kepercayaan turun-temurun etnik Tobilung. A minority of the Tobilung ethnic group residing in the Kota Belud district of Sabah still adhere to their traditional beliefs, which were passed down from one generation to another. They believed in various benevolent and malevolent spirits. One of the benevolent spirits is komburongo. The issue identified here is the komburongo has three different identities, that is first, it is a kind of plant, second, a ritual tool and, third a malevolentspirit. Without knowing all these ...