KESAN AMALAN SISTEM PERTANIAN TRADISIONAL DAN PERANAN ORANG ASAL DALAM MENGURANGKAN DEGRADASI HUTAN: KAJIAN DI HUTAN SIMPAN GANA-LINGKABAU, KOTA MARUDU, SABAH: THE IMPACT OF TRADITIONAL AGRICULTURAL SYSTEM PRACTICES AND THE ROLE OF INDIGENOUS PEOPLE IN REDUCING FOREST DEGRADATION: A STUDY IN THE GANA-LINGKABAU FOREST RESERVE, KOTA MARUDU, SABAH

Degradasi hutan seringkali dikaitkan dengan Orang Asal terutamanya yang tinggal di pinggir atau di dalam hutan simpan, apabila sistem pertanian tradisional yang mereka warisi daripada turun-menurun menggunakan kaedah yang kurang efektif dan memberi kesan negatif kepada sumber hutan. Oleh yang sedemikian, kefahaman tentang peranan Orang Asal dalam membantu dan mengurangkan kesan degradasi hutan adalah sangat penting. Secara khususnya, kajian ini telah dijalankan untuk: (1) mengkaji jenis sistem pertanian tradisional yang diamalkan oleh Orang Asal di Hutan Simpan Gana-Lingkabau, dan (2) mengenal... Mehr ...

Verfasser: Yahya, Hardawati
Rosmin, Florina
Jurry Foo
Martin, Ricky Alisky
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: BorIIS & UMS PRESS
Schlagwörter: Sistem pertanian tradisional / degradasi hutan / pengurusan perhutanan / peranan / Orang Asal / Sabah
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873183
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/2799

Degradasi hutan seringkali dikaitkan dengan Orang Asal terutamanya yang tinggal di pinggir atau di dalam hutan simpan, apabila sistem pertanian tradisional yang mereka warisi daripada turun-menurun menggunakan kaedah yang kurang efektif dan memberi kesan negatif kepada sumber hutan. Oleh yang sedemikian, kefahaman tentang peranan Orang Asal dalam membantu dan mengurangkan kesan degradasi hutan adalah sangat penting. Secara khususnya, kajian ini telah dijalankan untuk: (1) mengkaji jenis sistem pertanian tradisional yang diamalkan oleh Orang Asal di Hutan Simpan Gana-Lingkabau, dan (2) mengenalpasti peranan Orang Asal dalam mengurangkan degradasi hutan. Sebanyak 10 buah kampung telah terlibat dalam kajian ini, di mana kampung-kampung ini telah ditempatkan semula di luar kawasan Hutan Simpan Gana-Lingkabau, Kota Marudu, Sabah. Kaedah trangulasi termasuk pendekatan temubual secara bersemuka, survei menggunakan borang soal selidik dan pemerhatian lapangan telah dilakukan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa majoriti isi rumah yang tinggal di kawasan ini terlibat dalam sistem pertanian tradisional, sebahagian besarnya penanaman jenis tanaman selingan, perhutani (perhutanan-tani), dan tanaman di sekitar kawasan rumah. Kajian ini juga mendedahkan bahawa kebanyakan isi rumah menyatakan mereka memainkan peranan yang penting dalam penanaman perhutani, mengurangkan kebakaran hutan, dan pertanian pindah serta terlibat dalam penanaman giliran dan tanaman selingan. Oleh yang sedemikian, berdasarkan kepada hasil dapatan daripada kajian ini, ia boleh disimpulkan bahawa peranan dan penglibatan Orang Asal dalam sistem pertanian tradisional yang digabungkan dengan pengurusan perhutanan, dapat membantu mengurangkan kesan degradasi hutan, disamping itu dapat meningkatkan peranan mereka dalam bersama-sama menguruskan sumber hutan. Forest degradation is frequently associated with indigenous peoples, especially those living in the fringe or within the forest reserves, when the traditional farming system they inherited from ...