KERANCUAN BAHASA DALAM KARANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH TUARAN, SABAH: Mixed Language in Essay of Secondary Students in Tuaran District, Sabah

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepekaan murid sekolah menengah luar bandar di daerah Tuaran, Sabah menggunakan bahasa Melayu yang standard dalam karangan mereka. Sebanyak 70 hasil karangan murid tingkatan empat dari tiga buah sekolah menengah dianalisis satu persatu menggunakan kaedah kualitatif analisis kandungan. Respons bertulis juga diperoleh daripada semua murid untuk mengetahui sebab mereka mencampuradukkan bahasa dalam karangan bahasa Melayu. Hasil penelitian menunjukkan bahawa 55 hasil karangan mengandungi percampuran bahasa. Berdasarkan jumlah tersebut, 14 hasil karangan mengand... Mehr ...

Verfasser: JEFFREY KIHOB, ANNE
HJ. MAHALI, SAIDATUL NORNIS
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: karangan bahasa Melayu / komunikasi bertulis / sekolah menengah luar bandar / kerancuan bahasa / percampuran bahasa dalaman / percampuran bahasa Inggeris / Malay language essay / written communication / rural secondary school / language mixing / native language mixing / English language mixing
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873142
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/2633

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepekaan murid sekolah menengah luar bandar di daerah Tuaran, Sabah menggunakan bahasa Melayu yang standard dalam karangan mereka. Sebanyak 70 hasil karangan murid tingkatan empat dari tiga buah sekolah menengah dianalisis satu persatu menggunakan kaedah kualitatif analisis kandungan. Respons bertulis juga diperoleh daripada semua murid untuk mengetahui sebab mereka mencampuradukkan bahasa dalam karangan bahasa Melayu. Hasil penelitian menunjukkan bahawa 55 hasil karangan mengandungi percampuran bahasa. Berdasarkan jumlah tersebut, 14 hasil karangan mengandungi percampuran bahasa dalaman sahaja. 41 hasil karangan yang lain pula mengandungi percampuran bahasa Inggeris. Kemudian, daripada jumlah tersebut, 28 buah karangan mengandungi kedua-dua jenis percampuran bahasa iaitu bahasa dalaman dan bahasa Inggeris. Berdasarkan respons bertulis dan temu bual dengan murid tentang sebab adanya perkataan bahasa Inggeris dalam karangan mereka, percampuran bahasa berlaku kerana keterbiasaan dan tidak mengetahui padanan yang betul dalam bahasa Melayu. Dapatan ini menunjukkan bahawa adanya kelemahan murid menggunakan bahasa Melayu standard dalam komunikasi bertulis untuk menyampaikan sesuatu mesej. Kajian yang dijalankan bermanfaat untuk memberikan maklumat berkenaan tahap penguasaan bahasa Melayu murid sekolah menengah. Guru-guru juga boleh menggunakan maklumat yang diperoleh untuk mencari cara yang sesuai bagi membantu murid meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu yang standard khususnya dalam penulisan karangan. This research was conducted to study the awareness among rural secondary students in Tuaran District, Sabah in using standard Malay in their essays. 70 essays of Form Four sudents from three secondary schools were analysed individually using qualitative content analysis. Written response from all students were also obtained to identify the reasons forlanguage mixing in their Malay language essays. Findings of this study showed that 55 essays contained language mixes. From this ...