Penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam pengubatan tradisional etnik Murut Tahlol di Sabah: Penelitian terhadap unsur kearifan tempatan

Etnik Murut Tahol yang tinggal di pedalaman Sabah memiliki kaedah pengubatan tradisional mereka yang tersendiri. Kaedah pengubatan etnik ini disebarkan secara lisan dalam kalangan anggota masyarakatnya. Kajian ini berasaskan kerja lapangan di beberapa buah kampung di sekitar Daerah Kecil Kemabong, Tenom. Dalam kajian ini, tumpuan pengkaji adalah terhadap penggunaan tumbuh-tumbuhan yang diamalkan oleh etnik Murut tahol bagi mengubati beberapa jenis penyakit fizikal. Seterusnya, unsur-unsur kearifan tempatan yang berkait dengan pengubatan tradisional etnik Murut Tahol turut dibincangkan.... Mehr ...

Verfasser: Nassir, Normadiah
Kok On, Low
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2016
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Murut Tahol / pengubatan tradisional / tumbuhan / penyakit ringan / kearifan tempatan
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873053
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/20

Etnik Murut Tahol yang tinggal di pedalaman Sabah memiliki kaedah pengubatan tradisional mereka yang tersendiri. Kaedah pengubatan etnik ini disebarkan secara lisan dalam kalangan anggota masyarakatnya. Kajian ini berasaskan kerja lapangan di beberapa buah kampung di sekitar Daerah Kecil Kemabong, Tenom. Dalam kajian ini, tumpuan pengkaji adalah terhadap penggunaan tumbuh-tumbuhan yang diamalkan oleh etnik Murut tahol bagi mengubati beberapa jenis penyakit fizikal. Seterusnya, unsur-unsur kearifan tempatan yang berkait dengan pengubatan tradisional etnik Murut Tahol turut dibincangkan. Dalam kajian ini, sebanyak 32 jenis tumbuh-tumbuhan yang berguna sebagai ubat-ubatan oleh etnik Murut Tahol telah berjaya didokumentasikan. Seterusnya, tumbuh tumbuhan tersebut dikategorikan mengikut bahagian-bahagian tertentu seperti daun, batang, pucuk, kulit, buah dan akar yang berguna sebagai ubat-ubatan. Selain daripada itu, kajian ini mendapati bahawa etnik Murut Tahol turut memiliki beberapa unsur kearifan tempatan berhubung pengubatan tradisional seperti memiliki pengetahuan tentang kaedah mengenal pasti tumbuh-tumbuhan yang berguna sebagai ubat-ubatan; kaedah penyediaan tumbuh-tumbuhan yang mudah serta mempunyai pengetahuan tersendiri dalam memahami dan mentafsir maksud mimpi dan sasampui (mantera). Kebijaksanaan etnik Murut Tahol dalam mengenal pasti jenis tumbuh-tumbuhan yang sesuai dijadikan ubat berserta kaedah penyediaan ubat-ubatan yang ringkas telah menonjolkan kearifan yang ada pada etnik Murut Tahol sejak turun-temurun.