'AKU' DALAM NORMA INTERPRETASI MASYARAKAT DI SABAH: The Norm Interpretation of 'Aku' among the Community in Lahad Datu, Sabah

ABSTRAK 'Aku' merupakan kata ganti nama diri yang mempunyai perkaitan dengan aspek kebahasaan dan nilai kesantunan masyarakat Melayu. Penggunaan yang salah dan tidak mematuhi norma masyarakat Melayu dianggap kurang santun dalam berbahasa. Penggunaan tersebut sinonim dengan masyarakat di Sabah kerana amalan berbahasa ini ada kalanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penyapa dan pesapa yang tidak mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan masyarakat di Sabah. Hal ini demikian kerana masyarakat di Sabah menggunakan 'aku' bukan sahaja kepada pesapa yang berlainan status dan usia, bahkan juga te... Mehr ...

Verfasser: DAWI, NOOR FADILAH
HAMZAH, ZAITUL AZMA ZAINON
HJ. MOHD. KIRAM, NORAZLINA
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2019
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: 'Aku' / kata ganti nama diri / norma interpretasi / kesantunan / masyarakat di Sabah / pronoun / norm / politeness / community in Sabah
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873044
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/1941

ABSTRAK 'Aku' merupakan kata ganti nama diri yang mempunyai perkaitan dengan aspek kebahasaan dan nilai kesantunan masyarakat Melayu. Penggunaan yang salah dan tidak mematuhi norma masyarakat Melayu dianggap kurang santun dalam berbahasa. Penggunaan tersebut sinonim dengan masyarakat di Sabah kerana amalan berbahasa ini ada kalanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penyapa dan pesapa yang tidak mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan masyarakat di Sabah. Hal ini demikian kerana masyarakat di Sabah menggunakan 'aku' bukan sahaja kepada pesapa yang berlainan status dan usia, bahkan juga terhadap orang yang baharu dikenali. Keadaan ini bukanlah menunjukkan ketidaksantunan dalam berbahasa tetapi lebih dipengaruhi oleh faktor budaya kerana penggunaannya ada kaitan dengan perbezaan penggunaan bahasa mengikut budaya. Oleh hal yang demikian, kajian penggunaan 'aku' dalam perbualan seharian masyarakat di Sabah khususnya di Lahad Datu dilakukan untuk mengenal pasti penggunaan 'aku' mengikut konteks dalam kalangan penyapa dengan pesapa dan juga untuk membincangkan kelainan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di Sabah. Kaedah kualitatif digunakan sebagai pendekatan kajian, manakala data kajian dikumpul melalui kaedah pemerhatian. Komponen Komunikasi Saville-Troike (1991) pula dijadikan medium untuk menganalisis dapatan kajian. Hasil kajian mendapati penggunaan 'aku' dalam kalangan masyarakat di Lahad Datu mempunyai kelainannya yang tersendiri kerana terdapat unsur kesantunan, kekuasaan, keakraban, kemesraan dan kekitaan dalam penggunaannya. Dengan demikian, kajian yang dijalankan dapat menambah pengetahuan tentang budaya masyarakat berbahasa di Sabah untuk mengenal pasti corak interaksi sosial dalam masyarakat dan juga dapat membantu memahami serta memberikan gambaran penggunaan 'aku' dalam budaya masyarakat Melayu khususnya terhadap masyarakat di Lahad Datu. ABSTRACT 'Aku' is a form of pronoun that relates with the eloquency manner of linguistic in Malay community. Wrong usage of this form of pronoun which also ...