SENTIMEN PRIMODIAL DAN KESEDARAN POLITIK DALAM PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: PENELITIAN TERHADAP PRU-14: PRIMORDIAL SENTIMENT AND POLITICAL AWARENESS IN SABAH POLITICAL DEVELOPMENT: A RESEARCH IN THE GE-14

Pembangunan sesebuah negara tidak hanya diukur melalui aspek mekanikal yang ditentukan oleh kemampuan membina bangunan pencakar langit semata-mata, tetapi juga aspek organik yang dilambangkan melalui sikap, literasi dan kefahaman masyarakatnya terhadap setiap isu yang dihadapi. Oleh itu, hasrat Malaysia untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020 yang tampaknnya terpaksa ditunda tidak hanya ditandai dengan berdirinya bangunan-bangunan raksasa tadi, malahan juga keberadaan masyarakat yang dibentuk untuk berfikiran kritis. Usaha tersebut yang merupakan matlamat tanpa akhir Malaysia sehingga... Mehr ...

Verfasser: Joko, Eko Prayitno
Othman, Zaini
Damit, Saat Awang
Gulasan, Ali Akhbar
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2018
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Sentimen primodial / kesedaran politik / pilihan raya umum / Primordial sentiment / political awareness / Sabah general election
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873000
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1633

Pembangunan sesebuah negara tidak hanya diukur melalui aspek mekanikal yang ditentukan oleh kemampuan membina bangunan pencakar langit semata-mata, tetapi juga aspek organik yang dilambangkan melalui sikap, literasi dan kefahaman masyarakatnya terhadap setiap isu yang dihadapi. Oleh itu, hasrat Malaysia untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020 yang tampaknnya terpaksa ditunda tidak hanya ditandai dengan berdirinya bangunan-bangunan raksasa tadi, malahan juga keberadaan masyarakat yang dibentuk untuk berfikiran kritis. Usaha tersebut yang merupakan matlamat tanpa akhir Malaysia sehingga kini dianggap sebagai 'duri dalam daging' kerana sistem berfikir masyarakatnya lebih banyak ditentukan oleh unsur 'perasaan' berbanding 'rasional'. Perkara ini akhirnya menjadi perdebatan dalam kalangan saintis sosial tentang pengaruhnya dalam menentukan arah perjalanan Malaysia pada masa hadapan khususnya pada setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan. Bersandarkan kepercayaan bahawa 'rakyat adalah raja', maka sekali lagi persoalan tersebut berusaha difahami dengan melihat pengaruh sentimen primodial dan kesedaran politik dalam membentuk pola sokongan masyarakat khususnya di negeri Sabah yang dianggap sebagai fixed deposit Barisan Nasional (BN). Usaha ini direalisasikan dengan mengedarkan sebanyak lapan ribu borang soal selidik mencakupi kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar bagi mendapatkan gambaran orientasi geopolitik bersifat keetnikan kerana merangkumi kawasan bumiputera dan bukan bumiputera serta merentasi batas agama. Hasil dapatan kajian mendapati pengaruh sentimen primodial semakin terhakis sifatnya dalam menentukan pola pengundian menjelang PRU-14, sedangkan persoalan kesedaran politik pula semakin mendapat tempat yang sepatutnya disebabkan proses globalisasi, kemajuan teknologi dan pengantian generasi. Abstract The development of a nation is not only measured by the mechanical aspect that determined by the ability to build the skyscrapers alone, furthermore, but the organic aspects are also symbolized ...