BUGIS DI SABAH DAN PRU-14: KAJIAN KES PARLIMEN KALABAKAN: BUGIS IN SABAH AND GE-14: CASE STUDY OF KALABAKAN PARLIAMENT

Dalam konteks Malaysia, umumnya persoalan politik berbaur keetnikan sering kali berfokus kepada Melayu, Cina dan India. Hal ini barang kali dipengaruhi oleh latar belakang sejarah negara terkait dengan pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang diperoleh hasil daripada kesepakatan bersama ketiga-tiga etnik ini di bawah payung Parti Perikatan. Kesepakatan bersama etnik ini berterusan sehinggalah Sabah dan Sarawak bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Hakikat sejarah yang menyaksikan perkongsian beberapa peristiwa besar negara inilah yang adakala... Mehr ...

Verfasser: Maraining, Amrullah
Othman, Zaini
Joko, Eko Prayitno
Damit, Saat Awang
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2018
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Politik Bugis / Kalabakan / Tawau / Sabah / PRU-14 / Bugis politics / GE-14
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26872999
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1631

Dalam konteks Malaysia, umumnya persoalan politik berbaur keetnikan sering kali berfokus kepada Melayu, Cina dan India. Hal ini barang kali dipengaruhi oleh latar belakang sejarah negara terkait dengan pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang diperoleh hasil daripada kesepakatan bersama ketiga-tiga etnik ini di bawah payung Parti Perikatan. Kesepakatan bersama etnik ini berterusan sehinggalah Sabah dan Sarawak bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Hakikat sejarah yang menyaksikan perkongsian beberapa peristiwa besar negara inilah yang adakalanya dari sisi lain membuatkan dimensi pemikiran kelompok akademik mahupun bukan akademik menjadi sempit dan terkongkong sifatnya. Natijahnya, dimensi kajian politik negara khususnya yang berkenaan politik etnik sering kali dihujani penulisan dengan memfokuskan Melayu, Cina dan India sebagai subjek kajian khususnya menjelang pilihan raya umum. Agak jarang diketengahkan etnik lain khususnya di Sabah dan Sarawak yang sebenarnya juga memainkan peranan yang sangat signifikan dalam menentukan hala tuju politik negara. Salah satunya adalah komuniti Bugis di pantai timur Sabah yang sungguhpun berdasarkan latar sejarah Sabah keterlibatannya dalam arena politik negeri Sabah khususnya bagi Parlimen Kalabakan menjelang PRU-14 adalah jelas, namun jarang sekali dijadikan subjek kajian dan sering kali dikebelakangkan. Menyedari kekurangan tersebut, maka makalah ini hadir untuk mengetengahkan peranan dan keberadaan komuniti Bugis di Sabah khususnya dalam konteks politik Sabah khasnya di pantai timur. Dalam memahami realiti ini, metode yang digunakan bagi mendapatkan maklumat dan data adalah menerusi temu bual secara langsung dengan responden yang terlibat, yang terdiri daripada pimpinan politik di barisan kerajaan mahupun pembangkang. AbstractIn the context of Malaysia, the politics of ethnic diversity often focus on Malays, Chinese and Indians. This is probably influenced by the historical background of the country concerned with the ...