Transformasi Pembangunan Pelancongan Selam Skuba Di Pulau Mabul, Sabah

Pulau Mabul merupakan destinasi pelancongan selam skuba yang terkenal dengan gelaran muck diving. Artikel ini meneliti tentang transformasi pembangunan pelancongan selam skuba sejak resort pertama beroperasi di Pulau Mabul pada tahun 1993 sehingga kini yang memasuki dua dekad lamanya. Permasalahannya, sejauh mana transformasi dalam tempoh berkenaan dapat memberi manfaat kepada komuniti nelayan dan adakah persekitaran fizikal pulau berkenaan akan kekal terpelihara? Justeru, kajian ini meneliti transformasi pembangunan pelancongan selam skuba dalam tempoh sepuluh tahun, iaitu dari tahun 1999 seh... Mehr ...

Verfasser: Mapjabil, Jabil
Yusoh, Mohamad Pirdaus
Mohd Zainol, Rosmizah
Marzuki, Mazdi
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2016
Verlag/Hrsg.: BorIIS & UMS PRESS
Schlagwörter: Pelancongan / selam skuba / komuniti nelayan / persekitaran / transformasi
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26872963
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/140

Pulau Mabul merupakan destinasi pelancongan selam skuba yang terkenal dengan gelaran muck diving. Artikel ini meneliti tentang transformasi pembangunan pelancongan selam skuba sejak resort pertama beroperasi di Pulau Mabul pada tahun 1993 sehingga kini yang memasuki dua dekad lamanya. Permasalahannya, sejauh mana transformasi dalam tempoh berkenaan dapat memberi manfaat kepada komuniti nelayan dan adakah persekitaran fizikal pulau berkenaan akan kekal terpelihara? Justeru, kajian ini meneliti transformasi pembangunan pelancongan selam skuba dalam tempoh sepuluh tahun, iaitu dari tahun 1999 sehingga tahun 2009. Untuk tahun 1999, data dikutip menggunakan borang soal selidik, pemerhatian dan temu bual mendalam. Data tahun 2009 pula menggunakan data temu bual tidak langsung dan pemerhatian penyelidik di pulau berkenaan. Model Butler (1980) dijadikan asas dalam meneliti transformasi pembangunan pelancongan selam skuba di Pulau Mabul dalam tempoh sepuluh tahun tersebut. Dapatan kajian menunjukkan impak pelancongan selam skuba terhadap komuniti nelayan dapat diteliti dari aspek perubahan sikap, penerimaan, transisi perubahan pola pekerjaan, penglibatan dalam sektor pelancongan selam skuba serta keusahawanan. Dari aspek persekitaran Pulau Mabul, wujud perubahan landskap perkampungan nelayan, peralihan ruang pulau menjadi hak milik resort, isu pembuangan sisa kumbahan, bekalan air serta kapasiti daya tampung. Implikasi kajian ini menekankan keperluan dan kepentingan komitmen daripada pelbagai pihak seperti kerajaan negeri, pengusaha dan agensi pelancongan, pengusaha resort dan operator selam skuba, komuniti nelayan, penyelidik, badan bukan kerajaan dan media massa dalam memainkan peranan masing-masing secara bersepadu. Langkah ini bertujuan memastikan Pulau Mabul terus unggul sebagai destinasi muck diving tersohor di dunia. Sementara, nasib komuniti nelayan tetap terbela dan alam sekitar terus kekal terpelihara.