Kepuasan Komunikasi Guru Sekolah Rendah: Satu Kajian Tinjauan di Bahagian Pedalaman Atas Sabah

Kepuasan komunikasi merupakan jumlah kepuasan terhadap maklumat umum termasuk Perubahan dalam polisi organisasi, prosedur, misi, visi, objektif, pencapaian, rancangan, struktur dan keadaan pekerjaan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kepuasan komunikasi dalam kalangan guru sekolah rendah di bahagian pedalaman atas negeri Sabah, Malaysia. Kajian berbentuk bukan jenis eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dan mengabung tiga teknik pensampelan kebarangkalian dalam mendapatkan data. Data dikumpulkan menggunakan satu set soal selidik yang diadaptasi dari Downs dan Hazen (1977) dan ditadbi... Mehr ...

Verfasser: Billy, L. J. (Lily)
Taat, M. S. (Muhamad)
Dokumenttyp: Journal:earticle
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Schlagwörter: Indonesia
Sprache: Indonesian
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26868446
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://www.neliti.com/publications/516626/kepuasan-komunikasi-guru-sekolah-rendah-satu-kajian-tinjauan-di-bahagian-pedalam

Kepuasan komunikasi merupakan jumlah kepuasan terhadap maklumat umum termasuk Perubahan dalam polisi organisasi, prosedur, misi, visi, objektif, pencapaian, rancangan, struktur dan keadaan pekerjaan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kepuasan komunikasi dalam kalangan guru sekolah rendah di bahagian pedalaman atas negeri Sabah, Malaysia. Kajian berbentuk bukan jenis eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dan mengabung tiga teknik pensampelan kebarangkalian dalam mendapatkan data. Data dikumpulkan menggunakan satu set soal selidik yang diadaptasi dari Downs dan Hazen (1977) dan ditadbir ke atas 458 orang responden guru. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 25.0. Berdasarkan analisis deskriptif, variabel kepuasan komunikasi menunjukkan seramai 410 orang responden (89.5%) berada pada tahap tinggi manakala 48 orang responden (10.5%) berada pada tahap sederhana. Dapatan analisis Ujian-t yang diperoleh adalah tidak signifikan (t = 0.663, df = 456, p>0.05), yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan kepuasan komunikasi berdasarkan jantina. Melalui ujian ANOVA sehala, kepuasan komunikasi berdasarkan pengalaman mengajar didapati tidak signifikan, [F(df=2, 455) = 1.685, p>0.05]. Kajian menyimpulkan bahawa tiada perbezaan dalam kepuasan komunikasi berdasarkan pengalaman mengajar guru. Kajian mencadangkan agar kepuasan komunikasi guru berada pada tahap tinggi. Hal ini kerana kepuasan komunikasi guru adalah penting untuk memastikan kelancaran perkongsian kemahiran, ilmu, maklumat dan arahan serta mengelakkan konflik dan merupakan kunci kepada kejayaan serta keberhasilan di sekolah.