Amalan Kahwin Campur dalam Kalangan Masyarakat di Kota Kinabalu, Sabah

Umumnya perkahwinan campur berlaku disebabkan oleh faktor perasaan tetapi perasaan yang wujud antara dua pasangan juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor penggalak lain seperti demografi penduduk, interaksi, polisi kerajaan, budaya, agama dan toleransi. Pada hari ini, perkahwinan campur sering kali dijadikan sebagai salah satu indikator untuk menilai hubungan antara kelompok dalam masyarakat atau negara sama ada baik ataupun sebaliknya. Toleransi yang tinggi dalam sesebuah masyarakat dilihat apabila perkahwinan campur merupakan sesuatu amalan yang biasa dalam masyarakat. Justeru itu, kajian ini... Mehr ...

Verfasser: Mohd Tamring, Budi Anto
Mahali, S. N. (Saidatul)
Dokumenttyp: Journal:earticle
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Schlagwörter: Indonesia
Sprache: Indonesian
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26868438
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://www.neliti.com/publications/515330/amalan-kahwin-campur-dalam-kalangan-masyarakat-di-kota-kinabalu-sabah

Umumnya perkahwinan campur berlaku disebabkan oleh faktor perasaan tetapi perasaan yang wujud antara dua pasangan juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor penggalak lain seperti demografi penduduk, interaksi, polisi kerajaan, budaya, agama dan toleransi. Pada hari ini, perkahwinan campur sering kali dijadikan sebagai salah satu indikator untuk menilai hubungan antara kelompok dalam masyarakat atau negara sama ada baik ataupun sebaliknya. Toleransi yang tinggi dalam sesebuah masyarakat dilihat apabila perkahwinan campur merupakan sesuatu amalan yang biasa dalam masyarakat. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan amalan kahwin campur dalam masyarakat di Kota Kinabalu dengan menjadikan remaja bumiputera sebagai responden kajian. Hasil kajian menggunakan kaedah soal selidik yang melibatkan seramai 731 orang responden mendapati amalan perkahwinan campur dalam keluarga responden adalah tinggi. Amalan kahwin campur dalam keluarga responden bukan sahaja merentasi kaum tetapi juga merentasi agama dan kewarganegaraan. Ini menunjukkan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Kota Kinabalu adalah baik.