Aplikasi Teori Analisis Domain dalam Domain Bahasa Etnik Melayu Brunei di Sabah

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar etnik Melayu Brunei di Membakut, Sabah. Tinjauan lapangan telah melibatkan 56 pelajar dari tingkatan 4. Tiga faktor pola pilihan bahasa Teori Analisis Domain diterapkan ke dalam objektif kajian. Korelasi Spearman's rho dikira sesuai dengan data nominal pemboleh ubah. Dapatan menunjukkan bahawa dalam domain perilaku bahasa, dialek Melayu Brunei merupakan bahasa yang dominan di rumah (73.21%) dan di sekolah (66.07%). Dalam domain dan hubungan-peranan dengan ahli keluarga, peserta kajian paling kerap mengguna dialek Melayu Brunei. Dalam hubungan-peranan seca... Mehr ...

Verfasser: Mohd. Arif, Mohd. Arifin
Kiram, N. M. (Norazlina)
Dani, N. A. (Noor)
Dokumenttyp: Journal:earticle
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Schlagwörter: Indonesia
Sprache: Indonesian
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26868381
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://www.neliti.com/publications/322779/aplikasi-teori-analisis-domain-dalam-domain-bahasa-etnik-melayu-brunei-di-sabah

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar etnik Melayu Brunei di Membakut, Sabah. Tinjauan lapangan telah melibatkan 56 pelajar dari tingkatan 4. Tiga faktor pola pilihan bahasa Teori Analisis Domain diterapkan ke dalam objektif kajian. Korelasi Spearman's rho dikira sesuai dengan data nominal pemboleh ubah. Dapatan menunjukkan bahawa dalam domain perilaku bahasa, dialek Melayu Brunei merupakan bahasa yang dominan di rumah (73.21%) dan di sekolah (66.07%). Dalam domain dan hubungan-peranan dengan ahli keluarga, peserta kajian paling kerap mengguna dialek Melayu Brunei. Dalam hubungan-peranan secara formal dengan pengetua sekolah, para guru dan rakan sekolah terdapat kecenderungan penggunaan dialek Melayu Brunei. Sumbangan empirikal dan konsepsi analisis domain menyerlahkan pengenalpastian perbezaan pemfungsian antara dwibahasa koordinat dan dwibahasa kompaun dari satu kontinum ke satu kontinum. Keputusan hipotesis kajian menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana positif .438 antara penggunaan bahasa ibunda dalam domain keluarga dengan domain pendidikan.