Pengaruh Iklim Organisasi Sekolah terhadap Kesedaran Metakognisi dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah di Zon Pulau, Utara Sabah

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kekuatan pengaruh iklim organisasi sekolah yang merangkumi empat dimensi iaitu kepimpinan kolegial, profesionalisme guru, penekanan akademik dan penglibatan masyarakat ke atas kesedaran metakognisi bagi guru-guru yang bertugas di sekolah-sekolah rendah pulau di Zon Utara Sabah. Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, kajian ini adalah berlandaskan kepada reka bentuk kajian ‘eks post facto'. Data dikumpul menerusi instrumen soal selidik dengan menggunakan “School Climate Index” (SCI) dan “Metacognitive Awareness Inventory for Teacher” (MAIT). Menerusi re... Mehr ...

Verfasser: Entoh, H. (Haidi)
Abdullah, M. K. (Mohd)
Dokumenttyp: Journal:earticle
Erscheinungsdatum: 2019
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Schlagwörter: Indonesia
Sprache: Indonesian
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26868365
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://www.neliti.com/publications/322591/pengaruh-iklim-organisasi-sekolah-terhadap-kesedaran-metakognisi-dalam-kalangan

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kekuatan pengaruh iklim organisasi sekolah yang merangkumi empat dimensi iaitu kepimpinan kolegial, profesionalisme guru, penekanan akademik dan penglibatan masyarakat ke atas kesedaran metakognisi bagi guru-guru yang bertugas di sekolah-sekolah rendah pulau di Zon Utara Sabah. Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, kajian ini adalah berlandaskan kepada reka bentuk kajian ‘eks post facto'. Data dikumpul menerusi instrumen soal selidik dengan menggunakan “School Climate Index” (SCI) dan “Metacognitive Awareness Inventory for Teacher” (MAIT). Menerusi reka bentuk persampelan bertujuan, seramai 151 orang guru yang mengajar di 14 buah sekolah rendah di dalam zon pulau tersebut terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menganalisis data dan seterusnya membentangkan hasil dapatan kajian. Data dianalisis dengan menggunakan analisis Regresi Berganda. Dapatan kajian mendapati aras iklim organisasi sekolah (M=4.15, SD=.40) dan kesedaran metakognisi guru (M=4.11, SD=.40) berada pada aras yang tinggi dan positif. Keputusan daripada analisis regresi berganda menunjukkan bahawa dua dimensi daripada konstruk iklim organisasi sekolah iaitu kepimpinan kolegial (β=.293, t= 3.536, p<.05) dan dimensi penekanan akademik (β=.411, t= 3.921, p<.05). didapati mampu memberikan sumbangan nilai peramal yang signifikan terhadap kesedaran metakognisi guru dan seterusnya menolak hipotesis null. Implikasi kajian juga telah dibincangkan.