Perubahan Sistem Nilai dalam Sistem Bombon yang Diamalkan oleh Masyarakat Kadazandusun di Kiulu, Tuaran, Sabah

Tulisan ini membincangkan perubahan sistem nilai dalam amalan sistem bombon yang menjadi tradisi masyarakat Kadazandusun. Sistem bombon adalah satu kaedah pemuliharaan ikan air tawar yang dilaksanakan sejak zaman nenek moyang mereka. Melalui amalan sistem bombon, masyarakat Kadazandusun dapat melestarikan alam sekitar seterusnya dapat memastikan mereka mendapat sumber ikan secara berterusan. Tradisi bombon bertititik tolak daripada kepercayaan tradisional masyarakat Kadazandusun. Sistem bombon memperlihatkan kearifan tempatan, nilai, kelakuan serta sikap masyarakat Kadazandusun terhadap alam s... Mehr ...

Verfasser: Tangil, Jacinta
Amat, Asmiaty
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26865622
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/492

Tulisan ini membincangkan perubahan sistem nilai dalam amalan sistem bombon yang menjadi tradisi masyarakat Kadazandusun. Sistem bombon adalah satu kaedah pemuliharaan ikan air tawar yang dilaksanakan sejak zaman nenek moyang mereka. Melalui amalan sistem bombon, masyarakat Kadazandusun dapat melestarikan alam sekitar seterusnya dapat memastikan mereka mendapat sumber ikan secara berterusan. Tradisi bombon bertititik tolak daripada kepercayaan tradisional masyarakat Kadazandusun. Sistem bombon memperlihatkan kearifan tempatan, nilai, kelakuan serta sikap masyarakat Kadazandusun terhadap alam sekitar dan hubungan sesama manusia. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan berupa pemerhatian ikut serta dan temu bual secara mendalam di beberapa kampung di kampung Poturidung, Kampung Malangang dan Kampung Lokub, daerah Kiulu Tuaran, Sabah. Kajian mendapati bahawa manfaat pelaksanaan sistem bombon yang paling penting adalah sebagai agen penyatuan seluruh komuniti pengamal. Sebagai satu aktiviti yang dikaitkan dengan kepercayaan tradisional masyarakat tersebut, sistem bombon tidak dapat dipisahkan daripada hukum adat. Jika dahulu aktiviti budaya ini disaluti dengan sistem kepercayaan tradisional, namun pada hari ini, sistem bombon memperlihatkan perubahan sistem nilai melalui pelaksanaannya. Tradisi bombon diteruskan sehingga hari ini dengan dengan nilai yang sesuai dengan kehidupan pada hari ini. Amalan sistem bombon telah berjaya membuka sisi lain dalam kehidupan masyarakat Kadazandusun. Kini, sistem bombon bukan sahaja boleh dibanggakan sebagai warisan budaya masyarakat Kadazandusun malah sebagai salah satu warisan kebangsaan.