Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Aspek Yang Memberi Kesan Kepada Pembudayaan Penanaman Bawing di Kota Belud, Sabah

Bawing merupakan sejenis tumbuhan renek yang popular dijadikan sebagai ulam dan campuran makanan dalam pelbagai resipi dan juga digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat di nusantara termasuklah di Malaysia. Kepelbagaian budaya masyarakat di Sabah yang juga berbeza kawasan geografi mengenali pokok ini dengan pelbagai nama seperti bawing, kemangi, siwot, cemangi dan lompodos. Pada hari ini, bawing semakin lama semakin kurang dikenali oleh generasi muda malah mereka tidak begitu berminat terhadap pokok istimewa ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 100 orang pelaj... Mehr ...

Verfasser: Mohd Tamring, Budi Anto
Mohd Yakin, Halina Sendera
Jawing, Esther
Januin, Junaidah
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2023
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26865603
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/2473

Bawing merupakan sejenis tumbuhan renek yang popular dijadikan sebagai ulam dan campuran makanan dalam pelbagai resipi dan juga digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat di nusantara termasuklah di Malaysia. Kepelbagaian budaya masyarakat di Sabah yang juga berbeza kawasan geografi mengenali pokok ini dengan pelbagai nama seperti bawing, kemangi, siwot, cemangi dan lompodos. Pada hari ini, bawing semakin lama semakin kurang dikenali oleh generasi muda malah mereka tidak begitu berminat terhadap pokok istimewa ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 100 orang pelajar di Kota Belud untuk menguji penerimaan mereka terhadap 17 item yang meliputi aspek peribadi, ekonomi dan sosial yang mempengaruhi mereka terhadap penanaman bawing. Hasil kajian mendapati wujud penerimaan responden terhadap 16 item daripada 17 yang diuji. 2 daripada 16 item tersebut menunjukkan tahap penerimaan tinggi iaitu item tidak mempunyai modal atau dana dan item ibu-bapa lebih menggalakkan mereka memberi tumpuan dalam bidang akademik. Manakala penerimaan terhadap 11 item meliputi kurang kemahiran tentang penanaman, tidak berminat bercucuk tanam, tidak mempunyai maklumat sumber kewangan, tidak tahu cara mendapatkan dana, tanaman bawing tidak memberi pulangan yang tinggi, tidak mempunyai tanah, generasi muda tidak berminat terhadap pertanian, rakan-rakan tidak berminat bercucuk tanam, ibu-bapa tidak menggalakkan menjadi petani, masyarakat tidak menjadikan bawing sebagai budaya pemakanan harian serta guru atau sekolah tidak menggalakkan aktiviti pertanian adalah pada tahap sederhana. Sementara itu, 3 item lain menunjukkan tahap penerimaan rendah iaitu belajar penanaman bawing tidak mempunyai masa depan yang cerah, latar belakang keluarga broken family dan terakhir tidak didedahkan dengan budaya bercucuk tanam sejak kecil.