Hubungan Personaliti Dengan Minat Kerjaya dalam kalangan Penagih Dadah di Sabah

Isu pengangguran terutama dalam kalangan bekas penagih yang telah menjalani rawatan kepulihan menjadi satu sebab kejatuhan semula (relaps). Maka, kertas kerja ini bertujuan menyingkap dan membincangkan sejauhmana wujud hubungan antara personaliti introvert dan ekstrovert dengan minat kerjaya berdasarkan enam bidang utama kerjaya RIASEC dalam kalangan penagih dadah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan personaliti introvert dan ekstrovert dengan minat kerjaya dalam kalangan penagih dadah di Sabah. Kebanyakkan klien di pusat-pusat rawatan tidak mempunyai pengetahuan tentang p... Mehr ...

Verfasser: Saguni, Julianah
Ayub, Norzihan
Megat Ahmad, Puteri Hayati
Teik Ee, Guan
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2018
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26865567
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/108

Isu pengangguran terutama dalam kalangan bekas penagih yang telah menjalani rawatan kepulihan menjadi satu sebab kejatuhan semula (relaps). Maka, kertas kerja ini bertujuan menyingkap dan membincangkan sejauhmana wujud hubungan antara personaliti introvert dan ekstrovert dengan minat kerjaya berdasarkan enam bidang utama kerjaya RIASEC dalam kalangan penagih dadah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan personaliti introvert dan ekstrovert dengan minat kerjaya dalam kalangan penagih dadah di Sabah. Kebanyakkan klien di pusat-pusat rawatan tidak mempunyai pengetahuan tentang personaliti masing-masing dalam perkembangan kerjaya mereka lebih-lebih lagi setelah keluar daripada pusat rawatan sehingga menyebabkan berlakunya relaps akibat ketiadaan pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka. Perkara ini dianggap serius kerana ketidakstabilan ekonomi dan hidup adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan berlakunya relaps dalam kalangan penagih di Sabah khususnya. Pemilihan pekerjaan atau kerjaya adalah merupakan salah satu daripada permasalahan besar yang sering dikemukakan oleh seseorang individu dalam kehidupannya. Perkara ini menunjukkan bahawa pemilihan kerjaya mestilah dibuat secara berhati-hati. Proses kerjaya juga merupakan satu proses yang berterusan di mana individu melibatkan diri dalam satu siri pekerjaan yang boleh membantu kepada perkembangan diri terutamanya dalam bidang pekerjaan yang diceburi. Diharap kajian ini dapat memberi impak dan maklumat berguna kepada pihak kepulihan penagihan dadah dengan penerapan bimbingan kerjaya kepada klien pusat khususnya sekaligus membantu klien membuat pilihan kerjaya yang sesuai kelak.