Kajian Frasa Kerja Bahasa Bajau Darat di Pantai Barat dan Bajau Laut di Sabah: Analisis Kerangka Minimalis

Artikel ini merupakan kajian terhadap kata kerja dalam bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut oleh penutur natif bahasa Bajau Darat di Kampung Keguraan, Kota Belud dan Bajau Laut di Kampung Tanjung Kapur, Kudat, Sabah. Bahasa Bajau merupakan bahasa ibunda kepada kaum Bajau di Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menghuraikan dan menganalisis jenis kata kerja bahasa Bajau dengan menggunakan kerangka Minimalis. Kaedah kajian yang digunakan merangkumi kaedah lapangan, iaitu temu bual, rakaman, pemerhatian dan kaedah analisis data menggunakan kerangka Minimalis. Seramai enam orang re... Mehr ...

Verfasser: Fazal Mohamed Mohamed Sultan
Siti Amanina Sahira Saidi
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Reihe/Periodikum: Jurnal Bahasa, Vol 21, Iss 2, Pp 163-192 (2021)
Verlag/Hrsg.: Dewan Bahasa dan Pustaka
Schlagwörter: kata kerja / kata kerja transitif / kata kerja tak transitif / kata kerja dwitransitif / bahasa bajau darat / bahasa bajau laut / kerangka minimalis / Language and Literature / P
Sprache: may
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26862157
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://doi.org/10.37052/jb21(2)no1

Artikel ini merupakan kajian terhadap kata kerja dalam bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut oleh penutur natif bahasa Bajau Darat di Kampung Keguraan, Kota Belud dan Bajau Laut di Kampung Tanjung Kapur, Kudat, Sabah. Bahasa Bajau merupakan bahasa ibunda kepada kaum Bajau di Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menghuraikan dan menganalisis jenis kata kerja bahasa Bajau dengan menggunakan kerangka Minimalis. Kaedah kajian yang digunakan merangkumi kaedah lapangan, iaitu temu bual, rakaman, pemerhatian dan kaedah analisis data menggunakan kerangka Minimalis. Seramai enam orang responden yang ditemu bual terdiri daripada tiga orang penutur natif bahasa Bajau Darat dan tiga orang penutur natif bahasa Bajau Laut. Rakaman perbualan setiap responden dan perbualan tersebut ditranskripsi serta dianalisis oleh pengkaji. Analisis ini memberikan tumpuan pada kedudukan kata kerja dalam bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut. Hasil kajian mendapati bahawa kata kerja bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut mempunyai kala. Kata kerja bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut yang dituturkan di Sabah pula boleh terdiri daripada kata kerja transitif, kata kerja tak transitif dan kata kerja dwitransitif. Kajian ini juga mendapati bahawa struktur asas ayat bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut ialah KERJAAN-OBJEK-SUBJEK (KOS). Berdasarkan pendekatan kerangka Minimalis, kajian ini menjumpai tiga penemuan. Pertama, kewujudan satu posisi yang novel, iaitu FObjek untuk memenuhi urutan KOS dalam bahasa ini, kedua, kata kerja dalam bahasa ini menduduki posisi cantuman kepala Kala dan ketiga, wujudnya operator kosong (OP) untuk menandakan kewujudan subjek dalam semua ayat Bajau