Analisis Isu Politik Melalui Kartun Editorial ‘mingo’ Dalam Akhbar the Sabah Times

Kajian ini bertujuan menganalisis isu politik melalui karya kartunis George Chin atau lebih sinonim dengan gelaran ’Mingo.’Ia berfokus pada karya kartun George Chin dari tahun 1966 hingga 1967. Kajian ini menggunakan pendekatan atau Teori Metafora Visual dalam mengklasifikasi serta mengenal pasti isu semasa dalam kartun editorial Mingo. Hasil kajian ini mendapati bahawa idea dan lukisan George Chin yang cukup padu dan bertenaga mampu mencerminkan pandangan beliau serta masyarakat terhadap sesuatu isu. Kartun editorial bukan sahaja bertindak sebagai kritikan dan sindiran terhadap sesuatu is... Mehr ...

Verfasser: Achin, Imelda Ann
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2016
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Kartun editorial / isu-isu semasa / metafora visual / kartunis Mingo / Sabah
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-28832268
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/289

Kajian ini bertujuan menganalisis isu politik melalui karya kartunis George Chin atau lebih sinonim dengan gelaran ’Mingo.’Ia berfokus pada karya kartun George Chin dari tahun 1966 hingga 1967. Kajian ini menggunakan pendekatan atau Teori Metafora Visual dalam mengklasifikasi serta mengenal pasti isu semasa dalam kartun editorial Mingo. Hasil kajian ini mendapati bahawa idea dan lukisan George Chin yang cukup padu dan bertenaga mampu mencerminkan pandangan beliau serta masyarakat terhadap sesuatu isu. Kartun editorial bukan sahaja bertindak sebagai kritikan dan sindiran terhadap sesuatu isu, tetapi secara tidak langsung memberi kesedaran kepada masyarakat setempat agar berusaha untuk mengikis sikap pasif dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, kartun editorial mampu menjadi saluran komunikasi antara masyarakat dan pemerintah dalam menyampaikan buah fikiran mereka secara berkias melalui karya dua dimensinya.