PERANAN PEMIMPIN DALAM PEMBANGUNAN KURIKULUM BAHASA KADAZANDUSUN (BKD): The Role of Leaders in The Development of The Kadazandusun Language Curriculum (BKD)

Kajian sejarah bahasa etnik secara kualitatif ini bertujuan untuk menelusuri peranan pemimpin dalam pembangunan kurikulum Bahasa Kadazandusun (BKD) dari tahun 1995 hingga tahun 2011. Sejak BKD diperkenalkan sebagai bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pemimpin turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan kurikulum BKD. Pemimpin dalam konteks kajian ini merujuk kepada pemimpin organisasi pendidikan yang terdiri daripada pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) yang kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan K... Mehr ...

Verfasser: Bagu, Linah
Wong Kon Ling, Jane
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2023
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Pemimpin Bahasa Kadazandusun / Jabatan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah / Pusat Perkembangan Kurikulum / Institut Pendidikan Guru
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27652355
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4848

Kajian sejarah bahasa etnik secara kualitatif ini bertujuan untuk menelusuri peranan pemimpin dalam pembangunan kurikulum Bahasa Kadazandusun (BKD) dari tahun 1995 hingga tahun 2011. Sejak BKD diperkenalkan sebagai bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pemimpin turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan kurikulum BKD. Pemimpin dalam konteks kajian ini merujuk kepada pemimpin organisasi pendidikan yang terdiri daripada pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) yang kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Pengarah Institusi Pendidikan Guru (IPG). Pembangunan kurikulum BKD telah bermula di sekolah rendah selepas Parlimen meluluskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran BKD di sekolah rendah pada tahun 1994. Berikutnya, satu mesyuarat Bahasa Kadazan telah diadakan pada 25 Januari 1995. Pembangunan kurikulum BKD di IPG pula bermula tahun 2011 secara berfasa iaitu fasa perancangan, fasa penggubalan dan fasa pemurnian. Penglibatan yang serius dan komited di kalangan pemimpin organisasi pendidikan yang terlibat dalam proses pembangunan kurikulum BKD telah mencorakkan naratif sejarah perkembangan BKD sebagai bahasa etnik warisan bangsa dalam arus perdana di Malaysia.