Pengetahuan tentang Perlembagaan dan Undang-undang dalam kalangan Pelajar Baharu di Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Perlembagaan adalah satu dokumen yang sangat penting dalam sesebuah negara. Seseorang warganegara seharusnya memahami perlembagaan dan undang-undang serta menghayatinya bagi memastikan kehidupan bernegara lebih harmoni dan sejahtera. Masyarakat majmuk seperti di Malaysia seharusnya memahami perlembagaan dan juga lunas undang-undang. Ini akan dapat menjadi benteng daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang. Bagi memastikan individu dalam masyarakat berkenaan lebih berdisiplin dan beretika dalam bernegara, maka pemahaman perlembagaan dan undang-undang ad... Mehr ...
Verfasser: | |
---|---|
Dokumenttyp: | Artikel |
Erscheinungsdatum: | 2020 |
Verlag/Hrsg.: |
Secholian Publication
|
Sprache: | Englisch |
Permalink: | https://search.fid-benelux.de/Record/base-27644407 |
Datenquelle: | BASE; Originalkatalog |
Powered By: | BASE |
Link(s) : | https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/603 |
Perlembagaan adalah satu dokumen yang sangat penting dalam sesebuah negara. Seseorang warganegara seharusnya memahami perlembagaan dan undang-undang serta menghayatinya bagi memastikan kehidupan bernegara lebih harmoni dan sejahtera. Masyarakat majmuk seperti di Malaysia seharusnya memahami perlembagaan dan juga lunas undang-undang. Ini akan dapat menjadi benteng daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang. Bagi memastikan individu dalam masyarakat berkenaan lebih berdisiplin dan beretika dalam bernegara, maka pemahaman perlembagaan dan undang-undang adalah sangat penting. Oleh itu ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perlembagaan dan undang-undang seharusnya diajar dan dididik bagi memastikan setiap warganegara mempunyai nilai-nilai yang baik. Bagi memastikan kepentingan ilmu ini difahami dan dihayati oleh setiap masyarakat, maka kajian ini ingin meninjau dan menganalisis pengetahuan masyarakat terutamanya generasi muda terhadap perlembagaan dan undang-undang di Malaysia. Artikel ini mendapatkan responden dari kalangan pelajar universiti dalam menilai pengetahuan mereka tentang perlembagaan dan undang-undang sebagai skop terhadap kajian serta penulisan kertas kerja ini. Artikel ini juga menganalisis kepentingan perlembagaan dan undang-undang serta merumuskan dapatan kajian berdasarkan kepentingan ilmu tersebut terhadap mahasiswa. Adalah diharapkan agar dapatan kajian ini menyumbang kepada pemantapan keharmonian di negara ini.