Persepsi Masyarakat Tempatan terhadap Pengurusan E-sisa oleh Syarikat Swasta di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Pengurusan e-sisa yang sistematik sepatutnya terintegrasi antara semua pemegang taruh seperti pihak kerajaan, pihak swasta, pihak non-governmental organization, sektor informal dan juga masyarakat tempatan. Namun di Sabah khususnya di Kota Kinabalu, peranan syarikat swasta merupakan antara pemegang taruh yang kurang jelas penglibatannya dalam pengurusan e-sisa. Oleh itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menilai persepsi masyarakat tempatan te... Mehr ...

Verfasser: Dinggai, M. S. (Molia)
Mapa, M. T. (Mohammad)
George, F. (Fionna)
Dokumenttyp: Journal:earticle
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Schlagwörter: Indonesia
Sprache: Indonesian
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27255486
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://www.neliti.com/publications/515849/persepsi-masyarakat-tempatan-terhadap-pengurusan-e-sisa-oleh-syarikat-swasta-di

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Pengurusan e-sisa yang sistematik sepatutnya terintegrasi antara semua pemegang taruh seperti pihak kerajaan, pihak swasta, pihak non-governmental organization, sektor informal dan juga masyarakat tempatan. Namun di Sabah khususnya di Kota Kinabalu, peranan syarikat swasta merupakan antara pemegang taruh yang kurang jelas penglibatannya dalam pengurusan e-sisa. Oleh itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menilai persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama yang telah diedarkan kepada 400 responden yang terdiri daripada isi rumah. Analisis deskriptif seperti nilai purata skor digunakan untuk menganalisis data bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat tempatan memberikan persepsi yang baik terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memperlihatkan persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu.