Pengurusan Sisa Makanan oleh Pengusaha Restoran: Kajian Kes di Kota Kinabalu, Sabah

Perkembangan industri restoran di Malaysia pada masa ini sangat mempengaruhi penjanaan sisa makanan atau sisa organik. Jika penghasilan sisa makanan ini semakin meningkat dan tidak diurus dengan menggunakan kaedah yang baik ia akan menyebabkan sampah yang dibuang ke tapak pelupusan sampah semakin meningkat. Selain itu, kerajaan juga harus mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mengurus sisa-sisa berkenaan. Oleh itu, dalam kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti jumlah sisa makanan yang dihasilkan dalam industri restoran dan mengetahui bagaimana pihak pengurusan restoran... Mehr ...

Verfasser: Tan, Pricilla
Mapa, Mohammad Tahir Bin
Maulana, Norsahirah Binti
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2022
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27252718
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1540

Perkembangan industri restoran di Malaysia pada masa ini sangat mempengaruhi penjanaan sisa makanan atau sisa organik. Jika penghasilan sisa makanan ini semakin meningkat dan tidak diurus dengan menggunakan kaedah yang baik ia akan menyebabkan sampah yang dibuang ke tapak pelupusan sampah semakin meningkat. Selain itu, kerajaan juga harus mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mengurus sisa-sisa berkenaan. Oleh itu, dalam kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti jumlah sisa makanan yang dihasilkan dalam industri restoran dan mengetahui bagaimana pihak pengurusan restoran mengendalikan sisa makanan yang terdapat di restoran mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengendalian sisa makanan yang lakukan kebanyakan restoran masih tidak menggunakan kaedah yang betul. Pihak pengurusan restoran masih mengurus sisa makanan mereka dengan memberi sisa tersebut kepada individu yang datang untuk meminta sisa tersebut atau pekerja restoran itu sendiri yang akan mengambil sisa makanan tersebut. Sisa makanan yang diambil ini kebanyakannya hanya untuk diberi makan kepada haiwan ternakan atau haiwan peliharaan. Bagi menyelesaikan masalah sisa makan yang dihasilkan kaedah pengkomposan merupakan salah satu kaedah yang paling terbaik dan mudah dilakukan oleh masyarakat di negara kita. Kaedah pengkomposan ini merupakan proses biodegradable di mana bahan organik diuraikan oleh mikroorganisma dalam kehadiran oksigen. Hasil daripada proses ini akan menghasilkan baja organik yang lebih mesra alam dan sangat mendatangkan manfaat dalam aktiviti pertanian.